Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sudan fail kes terhadap UAE di ICJ bersubahat dalam genosid

Mar 7, 2025 | 11:19 AM
Fail foto menunjukkan para penduduk melarikan diri apabila Pasukan Sokongan Pantas (RSF) meluaskan gerakannya di negeri El Gezira, Sudan, pada 18 Julai 2024.
Fail foto menunjukkan para penduduk melarikan diri apabila Pasukan Sokongan Pantas (RSF) meluaskan gerakannya di negeri El Gezira, Sudan, pada 18 Julai 2024. - Foto Reuters

THE HAGUE, Belanda: Sudan memfailkan kes pada 6 Mac di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Amiriah Arab Bersatu (UAE) melanggar konvensyen pembunuhan beramai-ramai atau genosid dengan mempersenjatai dan membiayai kumpulan separa tentera pemberontak Pasukan Sokongan Pantas (RSF) dalam perang di Sudan.

Namun, UAE menyifatkan pemfailan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu sebagai aksi publisiti sinis dan berkata ia akan berusaha agar kes itu ditolak.

ICJ berkata kes Sudan, yang difailkan pada 5 Mac, melibatkan tindakan yang didakwa dilakukan oleh RSF dan militia bersekutu termasuk “pembunuhan beramai-ramai, pembunuhan, mencuri harta benda, rogol, pemindahan secara paksa, pencerobohan, vandalisme harta awam, dan pelanggaran hak asasi manusia” yang menyasarkan orang keturunan Masalit.

Dalam satu kenyataan, UAE berkata: “ Pemfailan itu “bertujuan untuk mengalihkan perhatian daripada keterlibatan Angkatan Bersenjata Sudan dalam kekejaman meluas yang terus memusnahkan Sudan dan rakyatnya.”

Kedua-dua RSF dan tentera Sudan telah dituduh melakukan penyelewengan dalam perang.

“Tiada sebarang asas undang-undang atau fakta, mewakili satu lagi percubaan untuk mengalih perhatian daripada perang yang dahsyat ini. Sebagai penghormatan kepada ICJ, sebagai badan kehakiman utama PBB, UAE akan meminta agar permohonan tidak berasas ini ditolak serta-merta,” tambah kenyataan UAE.

Sudan mendakwa bahawa UAE “bersekongkol dalam pembunuhan beramai-ramai ke atas golongan Masalit melalui arahan dan penyediaan sokongan kewangan, politik dan ketenteraan yang meluas untuk militia pemberontak RSF,” kata mahkamah.

Sudan juga meminta mahkamah mengenakan perintah sementara segera yang dikenali sebagai langkah sementara ke atas UAE, termasuk melakukan semua yang boleh untuk mencegah pembunuhan dan jenayah lain yang menyasarkan Masalit.

Kedua-dua Sudan dan UAE adalah penandatangan konvensyen pembunuhan beramai-ramai 1948.

Sudan mengalami konflik pada pertengahan April 2023, apabila ketegangan yang membara antara tentera dengan pemberontak separa tenteranya meletus di ibu negara, Khartoum, dan merebak ke wilayah lain.

Perang itu telah membunuh lebih daripada 24,000 orang dan mengusir lebih 14 juta orang - sekitar 30 peratus penduduk, menurut PBB. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg