Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Brunei dibenar keluar IJN, rehat di KL

Jun 1, 2025 | 10:52 PM
Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, Institut Jantung Negara
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dibenarkan keluar Institut Jantung Negara (IJN) pada 31 Mei selepas menerima rawatan sejak 27 Mei lalu. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dibenarkan keluar Institut Jantung Negara (IJN) pada 31 Mei selepas menerima rawatan sejak 27 Mei lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan baginda kini bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Pakar perubatan telah menasihatkan baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Brunei Darussalam,” menurut hantaran itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 78 tahun, tiba di Malaysia pada 25 Mei lalu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Baginda dilaporkan berehat di IJN sejak 27 Mei kerana keletihan.

Sultan Hassanal menaiki takhta pada 1967. Baginda adalah antara individu terkaya di dunia dan berasal daripada keluarga diraja yang telah memerintah Brunei, sejak lebih 600 tahun.

Pemerintahan baginda selama beberapa dekad telah menyaksikan Brunei mencapai kemerdekaan penuh daripada Britain serta peningkatan taraf hidup rakyat kepada antara yang tertinggi di dunia. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg