Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sultan Johor selamat jalani pembedahan bahu kanan

Jul 21, 2023 | 11:25 AM



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sudah dibenarkan pulang dari Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), Kuala Lumpur, pada Khamis, selepas selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan akibat kecederaan lama.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, setelah berangkat dari hospital, baginda berkenan bersantap di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Sebelum berangkat pulang ke Johor, Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan selama beberapa hari, menurut hantaran itu.

“Saya sepatutnya direhatkan seketika di ICU (unit rawatan rapi) setelah pembedahan (pada Selasa), namun Alhamdulillah saya rasa cukup elok untuk terus ke wad biasa.

“Saya jalan sendiri dari dewan bedah ke wad saya. Doktor pun terkejut. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, berkat doa orang ramai dan Bangsa Johor, saya selamat melalui rawatan ini dan berharap dapat sambung kerja saya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Johor.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pakar perubatan yang memberi rawatan serta seluruh warga DSH 2 yang memberi perkhidmatan baik.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua doktor, jururawat serta kakitangan yang telah merawat dan membantu saya. Baru beberapa hari di sini, tetapi keikhlasan mereka semua membuat saya rasa terharu,
seperti ada keluarga baru di sini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >