Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sunak dahului pusingan undian pilih PM baru Britain

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Mantan menteri kewangan Britain, Encik Rishi Sunak, melebarkan kedudukannya dalam pusingan terbaru pengundian oleh anggota parlimen (AP) Conservative kelmarin untuk memilih perdana menteri Britain baru.



Namun, pertandingan bagi menjadi dua calon terakhir dilihat semakin sengit.



Encik Sunak memenangi sokongan 115 AP Conservative (Tory), diikuti Cik Penny Mordaunt dengan 82 undi; Cik Liz Truss dengan 71 undi; Cik Kemi Badenoch dengan 58; dan Encik Tom Tugendhat dengan 31, yang terkeluar sebagai calon di tempat terakhir, umum parti itu.



AP akan terus mengundi sehingga hanya tinggal dua calon, dan pemenang kemudian ditentukan ahli parti Conservative.



Cik Mordaunt telah menjadi pilihan sebelum hujung minggu, tetapi kehilangan undian daripada pusingan sebelumnya.



Setiausaha Luar, Cik Truss, merapatkan jurang kepada 11 undian dan mungkin boleh menjangka lebih banyak sokongan beralih kepadanya daripada penyokong Cik Badenoch, sekiranya calon itu tersingkir pada pusingan seterusnya, menjanjikan perlumbaan sengit untuk menjadi dua calon terakhir.



Ketua televisyen kelmarin membatalkan sesi perdebatan yang dirancang antara pesaing semalam selepas Encik Sunak dan Cik Truss menarik diri, kata Sky News, hos sesi itu.



"AP Conservative dikatakan bimbang tentang kerosakan yang dilakukan sesi perdebatan terhadap imej parti Conservative, mendedahkan perselisihan faham dan perpecahan dalam parti," tambahnya dalam satu kenyataan.



Perdana Menteri, Encik Boris Johnson, mengumumkan pada 7 Julai beliau akan berundur sebagai pemimpin Conservative selepas pemberontakan AP kerajaan sebagai bantahan terhadap pentadbirannya yang dilanda skandal.



Namun, beliau kekal sebagai perdana menteri sehingga penggantinya diumumkan pada 5 September ini.



Pembangkang utama, Parti Buruh, telah menyeru agar Encik Johnson meninggalkan jawatannya dengan segera.



Ketuanya, Encik Keir Starmer, menggelar penarikan diri calon parti itu daripada perdebatan televisyen sebagai tanda parti itu "kehilangan idea dan tujuan".



Sementara itu, parti kerajaan menyekat percubaan Encik Starmer untuk mengadakan undi tidak yakin di Parlimen untuk menyingkirkan Encik Johnson serta-merta, dan sebaliknya mengemukakan undi keyakinannya sendiri terhadap kerajaan secara keseluruhan.



Semasa perbahasan di Parlimen, Encik Johnson mempertahankan rekod kerajaannya, memetik pelancaran vaksin Covid-19 dan sokongan ke atas Ukraine.



"Saya percaya ini adalah salah satu kerajaan yang paling dinamik pada zaman moden, bukan sahaja mengatasi kesukaran pada skala yang tidak pernah kita lihat selama berabad-abad, bahkan melakukan tugasnya sepanjang kesukaran."



Kerajaan memenangi undi pada Isnin malam dengan 349 undi menyokong berbanding 238 menentang. - AFP.




3 calon lain



TIGA calon perdana menteri Conservative yang masih bersaing untuk menjadi dua calon terakhir, selain pendahulu Encik Rishi Sunak, ialah (dari kiri):



  • Setiausaha Luar, Cik Liz Truss;

  • Anggota Parlimen bagi Saffron Walden, Cik Kemi Badenoch; dan

  • Menteri Negara Perdagangan, Cik Penny Mordaunt.

Cik Mordaunt meraih 82 undi; Cik Truss 71 undi; dan Cik Badenoch dengan 58.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >