Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Surat-menyurat rasmi wajib guna bahasa Melayu: Anwar

Oct 25, 2023 | 05:42 PM



CYBERJAYA: Kerajaan Malaysia tegas dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dan usaha itu dibuktikan dengan mewajibkan penggunaan bahasa rasmi negara itu dalam urusan surat-menyurat rasmi.


Dengan komitmen itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan sebarang surat rasmi oleh mana-mana pihak sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta, diutuskan dalam bahasa Melayu.

Dalam nada tegas juga, Datuk Anwar menegaskan surat-menyurat yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan itu perlu dipulangkan semula.

“Arahan ini sebagai langkah untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tekankan dalam dasar kerajaan, saya bincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jemaah Menteri, kadang-kadang ada kekeliruan.

“Memang kita tekankan dalam bahasa perdagangan adalah bahasa Inggeris, tetapi ada sikap yang saya rasa terlajak, terpesong daripada beberapa jabatan, baik penjawat awam apatah lagi universiti (awam), universiti dan sektor swasta yang sering cuba meninggalkan asas Perlembagaan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan.

“Jadi saya ingin peringatkan hal ini, jika dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan termasuk swasta... Sesiapa saja menulis (surat) selain dalam bahasa kebangsaan, (maka) surat itu akan dipulangkan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada Rabu.


Beliau menyampaikan amanat itu ketika berucap melancarkan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, Sepang, Selangor, pada Rabu.

Turut hadir termasuk Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed; Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Anwar Ridhwan; dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menyentuh budaya membaca generasi pada masa ini, Perdana Menteri berharap ia tidak mati terkubur mengikut peredaran zaman sekarang yang sinonim dengan ledakan teknologi dan digitalisasi.

Memetik karya pemikir yang membicara soal perubahan teknologi, Datuk Anwar berkata terdapat kegusaran dalam kalangan kumpulan itu kerana mendapati kurangnya minat generasi muda membaca.

Katanya, kebergantungan kepada maklumat diperoleh secara maya menerusi media sosial berupaya mempengaruhi termasuk membentuk pemikiran seseorang dalam tempoh singkat.

Untuk menggarap semula budaya membaca, beliau menasihatkan semua pihak mengambil iktibar teguran sasterawan ulung tempatan mahupun antarabangsa mengenai ‘kemiskinan’ membaca dalam kalangan generasi muda.

“Untuk terus menyuburkan tradisi memberi makna mengenai negara Madani, kita tentunya terpaksa menggapai langit, meneroka alam pemikiran baharu, mencetuskan idea dan mengikut perkembangan alam digital serta transformasi digital,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >