Suspek ditahan dekat perhimpunan Trump miliki senjata

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suspek ditahan dekat perhimpunan Trump miliki senjata

Oct 14, 2024 | 11:34 AM

Suspek ditahan dekat perhimpunan Trump miliki senjata

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Syerif Riverside Country melakukan kawalan keselamatan ketika calon Presiden Amerika Syarikat daripada Republikan, Encik Donald Trump, tiba di perhimpunannya di Coachella, California.
Syerif Riverside Country melakukan kawalan keselamatan ketika calon Presiden Amerika Syarikat daripada Republikan, Encik Donald Trump, tiba di perhimpunannya di Coachella, California. - Foto REUTERS

LOS ANGELES: Seorang lelaki berusia 49 tahun dari Las Vegas telah ditahan selepas dikesan memiliki dua senjata api dan  kelopak peluru berkapasiti tinggi di sekatan keselamatan berhampiran perhimpunan calon presiden Republikan Encik Donald Trump, di California pada 12 Oktober.

Pihak berkuasa mengesahkan kejadian itu pada 13 Oktober.

Lelaki tersebut, yang dikenali sebagai Vem Miller, ditahan tanpa sebarang kejadian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) hitam yang dipandunya diperiksa oleh timbalan syerif dari Pejabat Syerif Riverside County.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat tersebut, kejadian itu tidak memberi kesan terhadap keselamatan Encik Trump mahupun hadirin yang menyertai perhimpunan itu.

“Kejadian ini tidak menjejaskan keselamatan mantan Presiden Trump atau peserta acara tersebut,” kata kenyataan itu.

Kejadian itu berlaku di kawasan Coachella Valley, tempat yang terkenal dengan festival muzik dan seni tahunan.

Encik Trump mengadakan perhimpunan tersebut sebagai sebahagian daripada kempen politiknya di California, menarik ribuan penyokong.

Miller didakwa dengan tuduhan memiliki senjata api dan memiliki kelopak peluru berkapasiti tinggi.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pertuduhan yang dikenakan terhadapnya masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa.

Rekod penjara menunjukkan Miller dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$5,000 ($6,530) pada hari yang sama.

Usaha untuk menghubunginya bagi mendapatkan komen tidak berjaya setakat ini.

Ini bukan kali pertama Encik Trump berdepan ancaman keselamatan semasa kempen politiknya.

Pada Julai, beliau hampir menjadi mangsa cubaan membunuh apabila peluru seorang penyerang mengena telinganya semasa satu perhimpunan di Butler, Pennsylvania.

Dalam kejadian berasingan pada September, seorang lagi lelaki didakwa cuba membunuh Encik Trump selepas ejen Perkhidmatan Rahsia menemui individu itu bersembunyi dengan senapang di kawasan berhampiran padang golf Trump di Palm Beach.

Lelaki tersebut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Walaupun Encik Trump kerap menjadi sasaran cubaan pembunuhan, beliau terus meneruskan kempen politiknya menjelang pemilihan presiden Amerika Syarikat.

Keselamatan di setiap perhimpunan beliau semakin diperketat bagi memastikan keselamatan mantan presiden itu terjamin. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg