Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat minuman dijangka kekalkan aspartam walaupun ada amaran kesihatan terbaru

Jul 15, 2023 | 03:03 PM



NEW YORK: Sekitar lapan tahun lalu, PepsiCo memutuskan untuk mengeluarkan aspartam daripada soda diet popularnya, dek keprihatinan pelanggan mengenai risiko kesihatan berkaitan bahan pemanis tiruan itu.


Akibatnya, jualan merosot. Setahun kemudian, syarikat itu kembali menggunakan aspartam dalam Diet Pepsi.

Hari ini, tiga ramuan utama yang disenaraikan dalam cetakan kecil di belakang tin dan botol Diet Pepsi – dan pada pesaingnya Diet Coke – ialah air, warna karamel dan aspartam.

Bahan aspartam juga boleh didapati dalam teh diet, gula-gula gam tanpa gula, minuman tenaga tanpa gula dan minuman diet yang lain. Ribuan produk mengandungi aspartam.

Penggunaan aspartam, yang dikenali dengan jenama Equal, dalam produk makanan dan minuman telah lama mendapat perhatian.

Khamis lalu, sebuah agensi di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa aspartam mungkin boleh menyebabkan kanser dan menggalakkan orang yang gemar minuman mengandungi aspartam untuk beralih kepada air atau minuman tanpa gula yang lain.

Walaupun dengan kemunculan banyak pemanis tiruan baru, serta yang berasaskan tumbuhan dan buah-buahan, banyak syarikat dijangka tidak akan meniadakan aspartam sama sekali buat masa ini, kata pengamat.

Ini kerana ramuan itu adalah salah satu alternatif gula yang paling murah,didapati sesuai dengan minuman, dan ramai orang menggemari rasanya.

Ada juga pihak yang menyangkal pengumuman WHO.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat berkata ia tidak bersetuju dengan dapatan itu, mengulangi pendiriannya bahawa aspartam adalah selamat.

Satu lagi jawatankuasa WHO berkata orang seberat 150 paun atau 68 kilogram perlu minum lebih daripada sedozen tin Diet Coke sehari untuk mencapai had pengambilan selamat bahan pemanis itu. – Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >