Keperluan memaparkan gred khasiat serta larangan pengiklanan akan diluaskan kepada minuman yang disediakan segar dan dijual di kaedah penjualan tertentu mulai 30 Disember.
Ini termasuk memaparkan maklumat paras gula kepada bahan tambahan minuman seperti bahan ‘topping’ dalam menu fizikal atau digital.
Peraturan ini akan menjejas minuman segar dijual di konteks runcit seperti premis makanan dan minuman (F&B), cawangan katering, platform digital, dan dalam premis bukan runcit seperti hotel, tempat kerja, institut pendidikan dan kesihatan serta tajaka.
Langkah ini menetapkan minuman disediakan segar perlu dinilai berdasarkan kandungan gula dan lemak jenuhnya, kata kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Jumaat.
Ia juga satu keperluan untuk memaparkan tanda pengesahan gula dalam menu yang menyenaraikan bahan-bahan tambahan minuman atau ‘topping’ seperti bebola ‘ pearl’, agar-agar, ais krim dan lain-lain lagi.
MOH berkata, keperluan tambahan juga diperkenalkan kepada minuman di bawah langkah Nutri-Grade semasa, seperti minuman yang sudah dibungkus dan dijual di Singapura dan minuman yang tidak boleh diubah sendiri dari mesin pengeluaran automatik.
Ciri utama langkah tersebut adalah menetapkan gred “A”, “B”,”C” atau “D” kepada minuman menerusi sistem penilaian khasiat Nutri-Gred yang berlandaskan kandungan gula dan lemak jenuhnya.
Ia satu kewajipan untuk memaparkan gred itu jika minuman disediakan segar itu ditetapkan gred khasiat “C” atau “D”.
Tanda Nutri-Grade “C” dan “D” itu perlu diletakkan di sebelah pilihan air yang disenaraikan untuk dijual, seperti di dalam menu fizikal atau digital pada titik penjualannya.
Penjual boleh menggunakan tanda Nutri-Grade yang lebih ringkas dalam menu yang mengandungi lebih dari satu pilihan minuman yang menunjukkan grednya bersertakan paras gulanya.
Iklan bagi menggalak minuman disediakan segar yang memperoleh gred “D” akan dilarang.
Sementara itu, ia terpulang kepada penjual untuk memaparkan tanda gred bagi minuman yang memperoleh gred “A” dan “B”.
MOH berkata langkah ini akan membolehkan pengguna merujuk kepada tanda gred khasiat apabila mereka ingin memilih untuk membeli minuman tertentu dengan membolehkan mereka mengenal pasti minuman yang mempunyai kandungan gula dan lemak jenuh lebih rendah.
Bagi bahan minuman tambahan seperti bebola ‘pearl’ dan agar-agar, pengguna juga boleh mengenal pasti bahan yang mengandungi paras gula lebih rendah menerusi tanda pengesahan paras gula mereka.
Kaedah tanda Nutri-Grade ini dilancar pertama kali bagi produk minuman dibungkus seperti antara lain air bergas, jus buah-buahan dan susu, pada 30 Disember 2022.
MOH berkata langkah Nutri-Grade itu adalah sebahagian strategi jangka panjang MOH dan Lembaga Penggalak Kesihatan untuk membentuk sikap pengguna, dengan matlamat mengurangkan pengambilan gula dalam populasi Singapura.
Mereka yang didapati tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan denda sehingga $1,000 dan kesalahan berulang boleh dikenakan denda sehingga $2,000.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg