Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Tak dapat RM20 nak beli dadah anak belasah ibu 65 tahun

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



TANAH MERAH: Berang tidak mendapat wang sebanyak RM20 ($6.05) untuk membeli dadah, seorang bekas tentera sanggup bertindak kejam dengan membelasah ibunya sehingga cedera dalam kejadian rumah mereka di Kampung Gual Jedok.



Kejadian itu menyebabkan wanita yang berusia 65 tahun bengkak pada bahagian kepala, dahi, mata selain sakit-sakit badan selepas suspek yang merupakan penagih tegar menarik, memukul, memijak, menampar dan menyepak ibunya.



Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 5.08 petang kelmarin selepas abang mangsa yang berusia 37 tahun hadir ke balai membuat laporan.



Menurutnya, sebelum itu, lelaki itu menerima satu rakaman video daripada abang iparnya pada 2.30 petang berhubung kejadian tersebut pada Ahad.



"Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 32 tahun tinggal bersama ibunya di rumah berkenaan. Lelaki itu merupakan bekas anggota tentera yang telah dibuang kerja pada 2013 dan merupakan seorang penagih dadah.



"Selain itu, suspek juga merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.



Mengulas lanjut, Superintendan Mohd. Haki memberitahu, semasa kejadian, anak keempat daripada lima beradik itu bertindak menarik, menampar, menendang dan memijak kepala ibunya.



Menurutnya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan suspek yang berang apabila ibunya tidak memberikan wang sebanyak RM20 untuk membeli dadah.



"Kejadian tersebut telah dirakam oleh anak saudara suspek yang tinggal bersebelahan dengan rumah mereka. Siasatan mendapati, suspek juga dipercayai sering mengamuk dan meminta wang daripada ibunya.



"Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod lampau berkait kes dadah," katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >