Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tak tahan didesak kahwin, lelaki Indonesia bunuh temanita

Feb 22, 2024 | 12:56 PM
Seorang lelaki Indonesia berusia 25 tahun diberkas polis setelah disyaki membunuh teman wanitanya dek tidak tahan didesak untuk dikahwini pada 12 Februari.
Seorang lelaki Indonesia berusia 25 tahun diberkas polis setelah disyaki membunuh teman wanitanya dek tidak tahan didesak untuk dikahwini pada 12 Februari. - Foto fail

ACEH: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun diberkas polis setelah disyaki membunuh teman wanitanya pada 12 Februari kerana tidak tahan dengan desakan kerap wanita itu.

Menurut laporan media tempatan, kejadian tersebut berlaku di rumah sewa di Cikarang Barat, Bekasi.

Hasil siasatan polis mendapati suspek enggan berkahwin kerana wang simpanannya belum mencukupi namun mangsa, 23 tahun, terus memaksanya.

Akibat tidak dapat menahan lagi paksaan wanita itu, suspek dikatakan mencekik dan menekup wajah mangsa menggunakan bantal sehingga mangsa meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian ditinggalkan di rumah sewa.

Hasil bedah siasat mendapat punca kematian mangsa adalah disebabkan kegagalan pernafasan.

Pesuruhjaya Polis Cikarang barat, Kompol Gurnald Patiran, menjelaskan pihaknya menerima laporan dengan penemuan mayat di Kampung Kamurang, Desa Cikedokan, Kecamatan.

Beliau menjelaskan waktu kematian mangsa dianggarkan sekitar 2 pagi.

“Mangsa sering menuntut untuk dinikahi. Suspek tidak cukup wang dan kerana itu perkelahian berlaku, di mana ia berakhir dengan pembunuhan,” katanya.

Susulan daripada tindakan itu, jika disabit kesalahan, suspek berdepan hukuman maksimum 15 tahun penjara. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg