Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Takiyuddin nafi keluar kenyataan sokong presiden PAS jadi PM

May 06, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan media berkaitan sokongan terhadap presiden parti itu untuk menjadi Perdana Menteri.



Datuk Takiyuddin berkata kenyataan media yang bertajuk 'Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen (AP) Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia' adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.



"Kenyataan media yang sedang tular masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak disebutkan," katanya menerusi Facebook.



Sebelum ini, satu kenyataan media yang didakwa dikeluarkan oleh Datuk Takiyuddin tular di media sosial, antara lain memanjatkan kesyukuran kerana PAS akan diterima mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat.



Menurut kenyataan itu, ia didakwa bagi mempersembahkan surat akuan bersumpah daripada 115 Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Hadi sebagai Perdana Menteri.



"PAS yakin dengan memiliki kepimpinan serta ilmu yang tinggi, beliau mampu memimpin Malaysia menjadi sebuah negara bertamadun dan disegani tanpa mengenepikan nilai-nilai Islam.



"PAS meminta rakyat untuk terus memberi sokongan terhadap kerajaan pimpinan ulama yang bakal dibina supaya tidak lagi berlaku sebarang pergolakan politik dan perebutan kuasa seperti yang sering ditimbulkan oleh Pakatan Harapan," kata kenyataan yang tular itu.



Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, telah menyuarakan kebimbangan terhadap laporan yang tidak henti-henti berhubung kestabilan kerajaan perpaduan, walaupun enam bulan sudah berlalu sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Beliau menambah, rakyat meletakkan harapan tinggi pada PRU15 dan mengundi 222 Ahli Parlimen untuk kembalikan kestabilan politik kepada negara.



"Namun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba gagalkan kestabilan yang sedang dibina.



"Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.



"Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini?



"Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan," kata Sultan Ibrahim melalui satu catatan Facebook rasminya pada Rabu. - BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >