Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taleban seru perpaduan sedang tunjuk perasaan semakin merebak

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Kumpulan Taleban Afghanistan telah meminta para imam di negara itu untuk menggesa perpaduan dalam kalangan rakyat apabila mereka melakukan solat Jumaat pertama semalam sejak kumpulan itu menguasai negara itu.



Gesaan itu dibuat sedang beberapa tunjuk perasaan berlaku terhadap pengambilalihan kuasa itu yang merebak ke lebih banyak bandar termasuk ibu kota Kabul.



Beberapa orang terbunuh apabila militan Taleban melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di timur bandar Asadabad, kata seorang saksi.



Seorang saksi lain melaporkan tembakan juga berlaku berhampiran tunjuk perasaan di Kabul, namun dilaporkan kemudian bahawa militan Taleban melepaskan tembakan ke udara.



Pada hari Afghanistan meraikan kemerdekaannya daripada penguasaan Britain pada 1919, satu video media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita di Kabul mengibarkan bendera kebangsaan hitam, merah dan hijau negara itu.



"Bendera kami, identiti kami," teriak mereka.



Di beberapa tunjuk perasaan di tempat lain, media melaporkan penduduk mengoyakkan bendera putih Taliban. Jurucakap Taleban tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.



Kebanyakan tunjuk perasaan itu berskala kecil, tetapi digabungkan dengan usaha terdesak ribuan orang yang ingin melarikan diri dari negara itu. Dua kejadian itu menggambarkan cabaran yang dihadapi pihak Taleban dalam memerintah Afghanistan.



Kumpulan tersebut telah menguasai negara Asia Tengah itu dengan begitu pantas sedang pasukan asing berundur, sehingga mengejutkan pemimpin kumpulan itu sendiri selain meninggalkan kekosongan kuasa di banyak tempat.



Oleh itu, antara usaha Taleban adalah menggesa perpaduan sempena solat Jumaat semalam, dan mereka meminta semua imam meyakinkan rakyat supaya tidak meninggalkan negara itu.



Sejak menguasai Kabul pada Ahad lalu, Taleban telah menunjukkan 'wajah lebih sederhana', dengan mengatakan mereka inginkan kedamaian, tidak akan membalas dendam terhadap musuh lama dan akan menghormati hak wanita dalam kerangka syariah.



Semasa mereka berkuasa pada 1996-2001, mereka telah menyekat hak wanita dan melakukan hukuman bunuh di tempat awam.



Sementara itu, tidak jelas apakah korban di Asadabad berpunca daripada tembakan Taleban atau daripada rempuhan manusia.



"Ratusan orang keluar di jalanjalan," kata saksi Encik Mohammed Salim.



"Pada mulanya saya takut dan tidak mahu pergi tetapi ketika saya melihat seorang jiran saya menyertainya, saya pun keluarkan bendera yang saya ada di rumah.



"Beberapa orang terbunuh dan cedera dalam rempuhan orang ramai dan tembakan oleh Taleban."



Bantahan juga meletus di kota Jalalabad di wilayah Paktia.



Pada Rabu lalu, militan Taleban melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera negara di Jalalabad, membunuh tiga orang, lapor saksi dan media.



Selain itu, Naib Presiden Pertama Afghanistan, Encik Amrullah Saleh, yang berusaha menggembleng pembangkang terhadap Taleban, mengatakan di Twitter:



"Beri tabik kepada mereka yang membawa bendera kebangsaan dan dengan demikian memperjuangkan maruah bangsa."



Pada Selasa lalu, Encik Saleh mengatakan beliau adalah "presiden sementara yang sah" di Afghanistan setelah Presiden Ashraf Ghani melarikan diri ke luar negara.



Sementara itu, Encik Ahmad Massoud, pemimpin bersenjata pembangkang dan anak lelaki kepada Ahmad Shah Massoud, pemimpin gerila veteran yang dibunuh militan Al-Qaeda pada 2001, meminta sokongan Barat untuk memerangi Taleban.



"Saya menulis dari Lembah Panjshir hari ini, siap untuk mengikuti jejak ayah saya, dengan pejuang mujahidin yang bersedia sekali lagi untuk memerangi Taleban," tulisnya dalam satu rencana di Washington Post.



Kabul umumnya tenang, namun 12 orang terbunuh di dalam dan sekitar kawasan lapangan terbang, kata seorang pegawai Taleban.



Pegawai Taleban mengatakan mereka tidak boleh disalahkan atas kekacauan yang berlaku di lapangan terbang yang dikuasai Amerika Syarikat dan askar negara lain. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >