Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tarikh bubar Parlimen M’sia bergantung kepada mesyuarat ‘Top 5’ pada Jumaat: Ismail Sabri

Sep 26, 2022 | 05:11 PM



NEW YORK: Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin kencang, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau belum membuat keputusan bila akan membubarkan Parlimen.


Pemimpin itu menjelaskan sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi Umno yang dijadual pada 30 September ini.


“Pada 30 hari bulan (Sep), petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah,” katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat.


Datuk Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT Umno.


“Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang,” katanya.

Top 5 merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden Umno. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >