Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taufan Biparjoy mula mengganas di India, Pakistan

Jun 14, 2023 | 01:38 PM



AHMEDABAD/MUMBAI: Empat budak lelaki lemas di pantai laut bergelora di Mumbai, hab kewangan di barat India pada Selasa, sedang India dan Pakistan mula memindahkan para penduduk di kawasan pesisiran pantai, dua hari sebelum ribut taufan dijangka melanda.


Taufan Biparjoy, disifatkan sebagai yang paling buruk itu, dikatakan mula melanda pada petang Selasa antara Mandvi di wilayah Gujarat, India dengan Karachi di selatan Pakistan.

Ahli kaji cuaca meramalkan ribut taufan itu sekencang 125 hingga 135 kilometer (km) sejam dan boleh mencapai 150km/jam.

“Empat budak lelaki itu lemas di pantai pada petang Isnin. Sejauh ini, kami telah menemui dua mayat dan operasi masih diteruskan untuk mencari dua lagi,” kata pegawai polis di Mumbai, selatan Gujarat.

Gelombang besar di Laut Arab, disusuli dengan hujan lebat dan angin kencang, melanda kawasan pesisiran Gujarat, mengakibatkan banyak pokok tumbang, tembok runtuh yang sekali gus membunuh tiga orang di daerah Kutch dan Rajkot, kata pihak berkuasa.

Lapan daerah di pesisiran Gujarat dijangka terjejas, kata pemerintah wilayah itu.

Kegiatan nelayan dihentikan hingga Jumaat dan sekolah-sekolah diarah tutup.

Di Gujarat terdapat banyak pusat cari gali minyak. Kebanyakannya telah menghentikan operasi.

Ribut taufan pada 1998 telah membunuh sekurang-kurangnya 4,000 orang dan mengakibatkan kerosakan bernilai berjuta dolar di Gujarat.

Pesuruhjaya Penyelamat, Encik Alok Kumar Pandey, berkata lebih 20,500 orang telah dipindahkan dari daerah-daerah pesisiran itu dan dijadualkan selesai petang Selasa.

Sementara itu di Pakistan, anggota tentera separa tentera dan penguasa awam setempat juga telah mula memindahkan penduduk ke kem sementara, di sekolah-sekolah dan bangunan pemerintah, kata Menteri Perubahan Iklim, Cik Sherry Rehman.

Kapal dan bot telah diarah berpindah dari beberapa kawasan perairan di Pakistan, sementara hospital di rantau itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, kata beliau.

Kira-kira 100,000 orang akan dipindahkan pada pagi Rabu, kata pengerusi Penguasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan.

Dua pelabuhan utama India, Kandla dan Mundra, telah menghentikan operasinya, kata pemerintah wilayah itu.

Pelabuhan lain, termasuk Bedi, Navlakhi, Porbandar, Okha, Pipavav dan Bhavnagar, turut ditutup gara-gara ribut taufan ini, menurut sumber-sumber perkapalan.

Industri Reliance, yang mengendalikan kompleks penapisan terbesar dunia di Jamnagar, Gujarat, mengisytiharkan keadaan darurat, menggantung kegiatan eksport diesel dan produk minyak yang lain dari pelabuhan Sikka di Gujarat, kata para pedagang.

Perniagaan Konglomerat Adani, Adani Port, berkata ia telah menggantung operasi kapal pada Isnin di Mundra, pelabuhan komersial terbesar India, yang mempunyai terminal import arang batu terbesar negara itu dan juga di pelabuhan Tuna, dekat Kandla.

Pengawal Pantai India berkata ia telah memindahkan 50 kakitangannya dari pusat cari gali minyak lepas pantai Gujarat, yang dikenali dengan nama Key Singapore, milik syarikat cari gali berpangkalan di Dubai dan kini melakukan kerja-kerja bagi syarikat Cairn Oil & Gas (Vedanta Ltd), menurut laman web syarikat Shelf Drilling. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >