Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar puji Zahid tidak bubar Umno walau dipinta Mahathir

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akur Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadapi tuduhan di mahkamah, tapi gesa rakyat Malaysia puji keberaniannya
Aug 05, 2023 | 01:05 PM



KUALA LUMPUR: Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah, beliau harus dipuji kerana tidak tunduk kepada permintaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membubar Umno.


“Ada golongan yang tidak menyukai Ahmad Zahid. Beliau menghadapi kes di mahkamah, tapi kita tidak boleh menafikan satu perkara iaitu beliau seorang yang berani.

“Jika Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pihak lain supaya membubarkan Umno… tapi Ahmad Zahid berkata tidak boleh bubar Umno kerana ia parti Melayu dan ada sejarah berjuang untuk negara.

“Saya tabik kepada beliau kerana berkata demikian,” kata Datuk Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH), di acara Jelajah Perpaduan Madani Alor Setar di Alor Mengkudu, Kedah pada Sabtu malam.

Datuk Anwar turut berkata kerjasama antara PH dengan Barisan Nasional (BN) harus diperkukuh demi harmoni dalam kerajaan perpaduan.

Datuk Ahmad Zahid ialah pengerusi BN.

Buat masa ini, Datuk Ahmad Zahid sedang berdepan dua kes jenayah. Satu kes masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, sementara satu lagi dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Selangor. 

Datuk Ahmad Zahid menyifatkan perbicaraan di KL – beliau menghadapi 47 tuduhan rasuah, pengubahan wang dan pecah amanah – sebagai didorong politik. 

Semasa bercakap di mahkamah bagi membela dirinya sendiri pada Jun 2022, Datuk Ahmad Zahid berkata beliau telah bertemu secara privet dengan Dr Mahathir pada Jun 2018 di mana mantan perdana menteri itu memintanya membubarkan Umno. Pertemuan itu dimulakan oleh dua individu lain.

Datuk Ahmad Zahid berkata beliau enggan menyelamatkan diri sendiri dengan meninggalkan Umno dan menyertai Dr Mahathir di Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan mendakwa beliau diancam selepas pertemuan itu jika beliau masih tidak membubarkan Umno. 

Perbicaraan Datuk Ahmad Zahid, pada awalnya dijadualkan bersambung minggu depan, pada 7 hingga 10 Ogos, tetapi difahami, perbicaraan akan diteruskan pada tarikh lain yang dijadualkan.

Beberapa tarikh lain bagi perbicaraan ialah 21 hingga 24 Ogos, 4 hingga 8 September, 30 hingga 31 Oktober, 13 hingga 17 November, 20 hingga 24 November dan 11 hingga 15 Disember.

Mahkamah Tinggi di Shah Alam, pada 23 September 2022 telah membebaskan Datuk Ahmad Zahid daripada semua 40 tuduhan berhubung kes rasuah. 

Menyusuli itu, Datuk Ahmad Zahid dilaporkan telah menghantar surat perwakilan meminta pendakwa raya tidak meneruskan rayuan menentang keputusan mahkamah tersebut.

Rayuan pendakwa raya menentang pembebasan Datuk Ahmad Zahid daripada tuduhan itu belum lagi didengar mahkamah dan dijadual bagi pengurusan kes di Mahkamah Rayuan pada 18 September. 

Bulan lalu, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Anthony Loke memberitahu akhbar bahasa Mandarin, Sin Chew Daily, Datuk Ahmad Zahid masih perlu menjalani perbicaraan di mahkamah kerana sebarang kes mahkamah harus menjalani proses sewajarnya untuk diputuskan.


Namun, beliau juga berkata ada keperluan untuk menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad Zahid juga mewakili Umno dan BN dan kededua entiti ini sebahagian kerajaan perpaduan dan ada keperluan bekerjasama dengan Datuk Ahmad Zahid. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >