DOHA: Temasek akan menyasarkan untuk melabur dalam syarikat yang mempunyai perniagaan yang besar dan berfokuskan domestik, kerana ia berusaha untuk mengelakkan risiko yang terikat dengan ketegangan geopolitik yang membara di seluruh dunia.
Syarikat itu sedang mencari untuk meletakkan pertaruhan sedemikian di negara dengan ekonomi yang berkembang pesat, kata ketua pegawai pelaburan, Encik Rohit Sipahimalani, dalam wawancara Bloomberg Television dari Qatar, pada 14 Mei.
Pelabur milik negara Singapura itu, melihat geopolitik sebagai salah satu risiko terbesar kepada portfolionya pada masa ini.
“Geopolitik dan kesannya,” kata Encik Sipahimalani, yang berada di negara Teluk untuk menghadiri Forum Ekonomi Qatar.
“Kami menangani perkara itu dengan melihat pasaran domestik yang besar, atau perkara yang serba lengkap dalam ekosistem ekonomi, supaya kami kurang terjejas olehnya. Jadi saya rasa itu sepatutnya okey.”
Portfolio pelaburan Temasek berjumlah $382 bilion pada 31 Mac 2023.
Syarikat itu adalah pelabur dalam beberapa firma paling global di dunia, termasuk Standard Chartered, pemberi pinjaman yang berpangkalan di London, yang merupakan salah satu bank Eropah terbesar yang beroperasi di pasaran baru muncul, dan meraih hampir semua wangnya di Asia, Timur Tengah dan Afrika.
Ia kekal banyak melabur dalam syarikat China, walaupun ekonomi terbesar di Asia itu berada di bawah tekanan daripada kemerosotan perumahan dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dengan Amerika Syarikat.
Firma yang diketuai oleh ketua pegawai eksekutif, Encik Dilhan Pillay itu mempunyai 22 peratus daripada portfolionya dilaburkan di negara itu setakat Mac 2023.
Encik Sipahimalani, yang menjadi CIO pada Januari 2020, berkata syarikat itu percaya pada syarikat yang memfokuskan pengguna di China, seperti pembuat minuman atau pembekal barangan tahan lama. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg