Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Nilai portfolio Temasek capai $382b, lebih rendah berbanding 2022

Jul 11, 2023 | 08:57 PM



Syarikat pelaburan Singapura, Temasek, melaporkan Nilai Portfolio Bersih (NPV) sebanyak $382 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023, kadar lebih rendah daripada jumlah $403 bilion yang dicapainya pada 2022.

Sementara itu, kadar Pulangan Pemegang Saham Keseluruhan (TSR) dolar Singapura selama setahun pada 2023 ialah -5.07 peratus.

Ini berbanding 5.81 peratus yang diraih pada 2022.

Berkongsi semakan tahunan Temasek di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands dengan media pada Selasa, Ketua Pegawai Kewangan Temasek, Cik Png Chin Yee, berkata portfolio syarikat Singapura kekal berdaya tahan walaupun menghadapi kemerosotan dalam pasaran sejagat dan persekitaran makro yang mencabar.

Namun, beliau menambah pelaburan langsung global (GDI) Temasek tidak setinggi berbanding penilaian tinggi dalam tempoh dua tahun lepas, terutamanya dalam bidang teknologi, penjagaan kesihatan dan pembayaran, apabila penilaian berkurangan dalam persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi.

“Walaupun dalam persekitaran yang mencabar, portfolio kami kekal berdaya tahan apabila kami membentuk semula portfolio kami sepanjang dekad yang lalu untuk mencapai pulangan yang mampan dalam jangka panjang,” kata Cik Png.

Untuk membina portfolio yang berdaya tahan dan memandang ke hadapan, Temasek bergantung pada tiga enjin pertumbuhan iaitu pelaburan, perkongsian dan pembangunan.

Di bawah enjin pelaburan, syarikat portfolio Singapura membentuk 40 peratus daripada portfolionya manakala GDI membentuk 46 peratus daripada portfolionya.

Enjin perkongsian membentuk 10 peratus daripada portfolio yang terdiri daripada perniagaan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) yang mempunyai kira-kira $79 bilion AUM dan menyediakan produk seperti ekuiti privet, kredit privet, pelaburan pasaran awam dan huraian modal.

Enjin pembangunan Temasek membentuk 4 peratus daripada portfolionya dan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam inovasi maju termasuk dalam bidang huraian tenaga mampan, pengkomputeran kuantum dan teknologi mendalam, selain membina perusahaan bagi masa akan datang dalam bidang seperti sains hayat, huraian data dan keselamatan siber.

Pengerusi Temasek, Encik Lim Boon Heng, menarik perhatian bahawa 2022 merupakan tahun paling mencabar bagi pasaran sepanjang dekad yang lalu, dengan kadar faedah yang tinggi, pertumbuhan lebih rendah dan sekitaran geopolitik yang amat berpecah belah.

“Perubahan iklim kekal sebagai ancaman yang terus wujud dan masa semakin suntuk untuk menanganinya.

“Syarikat dan pemerintah tidak boleh berdiam diri lagi dan tidak mengambil langkah aktif. Kita semua mesti memainkan peranan aktif untuk menyelesaikan cabaran sejagat yang dihadapi bersama ini kerana perusahaan tidak boleh berjaya melainkan masyarakat berkembang maju,” ujarnya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek, Encik Dilhan Pillay, turut menarik perhatian cabaran utama yang akan dihadapi pada masa akan datang.

“Buat kali pertama selepas beberapa dekad, inflasi berterusan dan keadaan kewangan yang lebih ketat menghasilkan kadar faedah yang lebih tinggi.

“Iklim pelaburan kian bertambah rumit berbanding apa yang kita pernah alami sejak krisis kewangan sejagat,” ujarnya.

Semasa sidang media itu, Temasek turut berkongsi ia melabur $31 bilion dan menjual pegangan berjumlah $27 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.

Ini telah menghasilkan pelaburan bersih sebanyak $4 bilion.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 pula, Temasek telah melaburkan $61 bilion dan menjual pegangan sebanyak $37 bilion.

Sejak 2013, Temasek telah melabur $326 bilion dan menjual pegangan sebanyak $248 bilion.

Mereka akan terus melabur dalam peluang yang sejajar dengan aliran struktur jangka panjang, dan melibatkan syarikat portfolio Singapura yang besar untuk mencari peluang bagi masa akan datang.

Temasek juga terus menjadikan Asia sebagai tunggak pelaburan portfolionya sebanyak 63 peratus, dengan Singapura, China dan Amerika terus menjadi tiga pasaran terbesarnya melalui pendedahan asas.

Singapura menyumbang 28 peratus daripada portfolionya.

Untuk memperluas peluang bagi Temasek, mereka juga akan membuka pejabat baru di Paris untuk mengukuhkan rangkaian sejagatnya dan mengembangkan kumpulan bakatnya di seluruh Eropah dan khususnya, Kesatuan Eropah, serta meluaskan jangkauannya ke Timur Tengah dan Afrika.

Menurut Temasek, dalam tempoh terdekat, Singapura akan menghadapi pertumbuhan sejagat yang perlahan dan inflasi yang meningkat dengan latar belakang makro yang mencabar.

Walaupun pembukaan semula China boleh memberikan sedikit rangsangan, ekonomi Singapura lebih menjurus kepada permintaan domestik dalam pasaran maju, yang mungkin mengalami kemelesetan.


“Kami mengekalkan pendirian pelaburan yang berhati-hati dan menjangkakan untuk melabur pada kadar sederhana bagi tahun kewangan ini, di tengah-tengah sekitaran makroekonomi yang mencabar,” kata Ketua Pegawai Pelaburan Temasek, Encik Rohit Sipahimalani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >