Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tempoh berkempen berbaki lima hari sebelum hari bertenang

Feb 5, 2024 | 2:32 PM
Ketua Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU), Encik Hasyim Asy’ari, membuka perbahasan pusingan akhir debat presiden di Jakarta, Ahad 4 Februari 2024.
Ketua Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU), Encik Hasyim Asy’ari, membuka perbahasan pusingan akhir debat presiden di Jakarta, Ahad 4 Februari 2024. - Foto ANTARA

JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) mengingatkan para pengundi bahawa mereka mempunyai baki lapan hari lagi, untuk membuat keputusan mengenai calon pilihan mereka, sebelum hari mengundi pada 14 Februari.

Semasa membuka pusingan akhir perbahasan calon presiden di sini pada Ahad 4 Februari, Ketua KPU, Encik Hasyim Asy’ari turut mengingatkan calon pilihan raya, bahawa mereka berada pada minggu terakhir untuk meyakinkan pengundi supaya mengundi mereka, sebelum tempoh bertenang wajib tiga hari sebelum hari mengundi.

“Ada lima hari lagi untuk calon pilihan raya menjalankan lebih banyak kempen bagi memujuk pengundi supaya memilih mereka,” katanya seperti dipetik agensi berita rasmi Antara.

Encik Hasyim meneruskan ucapannya dengan mengimbau kembali perbincangannya, tentang perebutan kuasa dengan gurunya, yang mengatakan kuasa boleh dirampas.

Beliau juga memetik ayat ke-35 Al-Quran, surah Sad, tentang kuasa dan pemerintahan, yang berbunyi: “Dia berdoa, ‘Tuhanku! Ampunilah aku, dan kurniakanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelah aku. Sesungguhnya Engkau adalah pemberi segala karunia.”

Ayat Al-Quran, kata Encik Asy’ari, menyeru manusia bertaubat dan memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Esa, sebelum mengambil alih kuasa dan memimpin bangsa Indonesia.

Dengan bertaubat kepada Tuhan, seorang pemimpin boleh memimpin negara dengan hati yang bersih dan niat yang baik demi mencari keredhaan Tuhan, tambahnya.

Ketua KPU itu turut melahirkan harapan agar bakal pemimpin Indonesia dapat memikul mandat yang diberikan rakyat melalui pilihan raya.

“Kita harap mana-mana calon yang mendapat mandat rakyat melalui pilihan raya ini, tidak akan mensia-siakannya,” katanya.

Pasangan calon presiden dan naib presiden, menyertai lima pusingan perbahasan yang disiarkan di televisyen, sebelum hari pilihan raya.

Dua perbahasan pertama berlangsung pada 12 dan 22 Disember 2023, dan dua pusingan seterusnya berlangsung pada 7 dan 21 Januari 2024.

Dalam pusingan perdebatan terakhir pada hari Ahad lalu, calon presiden berdebat tentang pendidikan, kesihatan, tenaga kerja, budaya, teknologi maklumat, kebajikan sosial dan keterangkuman. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg