Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tema bahas pilihan raya Indonesia berkaitan demokrasi, kuat kuasa undang-undang

Nov 27, 2023 | 01:52 PM



JAKARTA: Tema perbahasan pilihan raya presiden 2024 akan dikaitkan dengan pelbagai aspek, termasuk demokrasi dan penguatkuasaan undang-undang, ujar Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.


“Tema-temanya akan berkisar pada demokrasi, penguatkuasaan undang-undang, dan sebagainya,” kata Ketua Bahagian Undang-Undang dan Pengawasan KPU, Encik Mochammad Afifuddin, di Jakarta pada Ahad.

KPU turut menetapkan tempoh berkempen selama 75 hari dari 28 November hingga 10 Februari depan bagi tiga gandingan calon presiden dan naib presiden yang bertanding.

“Tema-tema tersebut akan merujuk kepada wawasan nasional yang digariskan dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945, dan akan berkaitan dengan Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Negara (RPJPN),” kata KPU, lapor agensi berita rasmi Antara.


KPU juga dalam proses membincangkan tema, tarikh dan lokasi perbahasan pilihan raya presiden, kata Encik Mochammad Afifuddin sambil menambah bahawa suruhanjaya itu akan menyelaraskan dengan pihak relevan mengenai hasil perbincangan itu.

“KPU berusaha untuk mengadakan perbahasan di wilayah lain selain Jakarta. Bagaimanapun, kita perlu berkomunikasi dengan pegawai perhubungan serta wakil calon presiden dan naib presiden berhubung rancangan itu,” katanya.

Beliau mengesahkan Jakarta akan menjadi tuan rumah sekurang-kurangnya satu daripada lima perbahasan yang dirancang.

Untuk mengadakan perbahasan di luar Jakarta, jawatankuasa itu akan mengambil kira beberapa perkara.

Pada 13 November, KPU mengumumkan nama tiga pasangan calon presiden dan naib presiden yang menyertai pilihan raya 2024.

Baswedan-Iskandar mendapat sokongan daripada Parti NasDem, Parti Kebangkitan Negara (PKB), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Parti Ummat.

Pranowo-Mahfud disokong Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Parti Pembangunan Bersatu (PPP), Parti Indonesia Bersatu (Perindo), dan Parti Nurani Rakyat (Hanura).

Sementara itu, Subianto-Raka mendapat sokongan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Parti Golongan Karya (Golkar), Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Demokrat, Partai Bulan Sabit (PBB), Rakyat Indonesia.

Parti Gelora (Gelora), Parti Garuda, dan Parti Solidariti Indonesia (PSI) serta Parti Prima tidak layak menyertai pilihan raya itu.

Pilihan raya 2024 Indonesia akan dijalankan pada 14 Februari, dengan kira-kira 204.8 juta pengundi dijangka mengundi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >