Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DARI SEBERANG

Tengkarah baru timbul - pesanan bot OPV masih belum diterima agensi maritim M'sia

Aug 13, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Selepas skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS), satu lagi tengkarah baru timbul mengenai pengiriman beberapa buah bot pula.



Kali ini, berkaitan tiga buah bot ronda lepas pantai (OPV) untuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (MMEA) yang masih belum diterima.



MMEA dijadual menerima sekurang-kurangnya sebuah bot berkenaan pada bulan ini, selepas kerajaan sebelumnya memberi tempoh lanjutan 18 bulan kepada syarikat TH Heavy Engineering, untuk menyelesaikan kesemua bot yang dipesan.



Sejauh ini, tiada satu pun yang diterima, lapor akhbar Sinar Harapan.



Malah syarikat itu sendiri kini menghadapi masalah kewangan.



Pada Jun lalu, seperti yang dilaporkan, Kementerian Dalam Negeri telah memberi jaminan kepada MMEA bahawa sekurang-kurang sebuah bot akan diserahkan tahun ini.



Laporan itu juga menyatakan bahawa TH Heavy Engineering sedang menghadapi kerugian sehingga RM628.9 juta ($193.9 juta) dan hanya mempunyai wang tunai RM27.5 juta untuk menyiapkan pesanan bot-bot tersebut.



Keadaan itu menimbulkan pertanyaan sama ada ia boleh menyiapkan ketiga-tiga buah bot sebagaimana yang dijanjikan.



Penganalisis pertahanan, Encik Zaki Salleh, dipetik sebagai berkata kelewatan pengiriman OPV itu mengakibatkan gangguan kepada usaha-usaha MMEA untuk melaksanakan tanggungjawab secara berkesan bagi melindungi perairan negara.



"Kebanyakan bot-bot ronda MMEA yang ada sudah usang yang diterima daripada Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Laut DiRaja Malaysia.



"Sebuah bot OPV boleh melakukan rondaan selama berjam-jam dan membantu perbaiki usaha mencegah pencerobohan," katanya.



Bot-bot ronda yang ada sekarang, katanya, hanya mampu beroperasi sehingga empat hari secara berterusan dan harus kembali ke pangkalan pada hari kelima bagi mengambil bekalan. Ini mengakibatkan operasi rondaan terhenti.



"Walaupun MMEA boleh berfungsi dengan kaedah lain seperti helikopter, OPV amat diperlukan sekarang," ujarnya.



Kelengahan pengiriman OPV, katanya lagi, tidak seharusnya berlaku kerana syarikat yang dipilih itu punya cukup masa untuk menyiapkannya.



"Kami tidak mahu isu seperti LCS berulang," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >