Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tengku Razaleigh dakwa badan kehakiman sebelum ini tidak bebas

Sep 18, 2022 | 05:30 AM



KOTA BHARU (Kelantan): Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah, mendakwa badan kehakiman sebelum ini tidak bebas berbanding sekarang kerana ada pemimpin ketika itu bertindak mengikut selera sendiri tanpa mematuhi perkara dinyatakan dalam undang-undang mahupun Perlembagaan negara.



Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu, bagaimanapun, tidak memperincikan maksud 'sebelum ini' yang dinyatakannya, tetapi berkata undang-undang terpakai sepanjang masa dan tidak boleh dibeza-bezakan di antara kumpulan yang berkuasa atau sebaliknya pada zaman kini atau sebelumya.



Tidak mahu menyentuh soal adanya perbezaan atau tidak di antara kepemimpinan sekarang dengan dahulu, beliau meminta seluruh rakyat supaya mendaulatkan undang-undang serta sentiasa menjunjung Perlembagaan negara.



"Sekiranya kita menjunjung Perlembagaan negara, ia bermakna kita mahu lihat 'the rule of law' (pelaksanaan undang-undang) berjalan dengan baik selain sentiasa disanjung oleh semua pihak.



"Undang-undang terpakai untuk semua. Kalau A, A lah, kalau B, B lah, tanpa mengira daripada mana-mana parti politik disebabkan ketegasan undang-undang tidak pernah memilih bulu," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Berhad (Bhd) Kali Ke-24, di sini kelmarin. (16 Sep)



Untuk rekod, Tengku Razaleigh, 85 tahun, menjadi Menteri Kewangan pada 1976 hingga 1984 serta Menteri Perdagangan dan Industri mulai 1984 hingga 1987. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >