Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera AS bawa keluar pegawai kedutaan dari Sudan

Apr 23, 2023 | 02:30 PM



WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat telah mengirimkan pesawat untuk membawa keluar  pegawai kedutaan negara itu dari ibu kota Sudan, Khartoum, di tengah-tengah pertumpahan darah sedang ketua-ketua tentera negara tersebut menentang kumpulan pemisah yang cuba merampas kuasa negara Afrika ketiga terbesar itu.


“Hari ini, atas arahan saya, tentera Amerika Syarikat telah melaksanakan operasi untuk membawa keluar pegawai pemerintah Amerika daripada Khartoum,” kata Presiden Biden.


Menurut  pegawai Amerika, pesawat tentera telah menyelamatkan sekitar 70 kakitangan kedutaan menggunakan helikopter dan pesawat C-22 Ospreys – pesawat yang boleh mendarat dan berlepas secara menegak.


Operasi itu dijalankan dari sebuah kawasan berhampiran kedutaan selepas matahari terbenam, dengan operasi diketuai  pegawai dari pasukan Navy Seal, sebuah unit tentera elit Amerika.


Keputusan Presiden Biden itu dibuat pada hari kelapan pertempuran ganas di ibu kota Sudan itu dan lain-lain bahagian negara tersebut antara tentera dan kumpulan pemisah yang menamakan diri mereka, Rapid Support Forces, yang mahu menguasai Sudan. – Reuters.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >