Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tentera rampas kuasa di Myanmar

Feb 2, 2021 | 5:30 AM
Cik Aung San Suu Kyi (gambar atas).
Cik Aung San Suu Kyi (gambar atas). -

YANGON: Tentera Myanmar semalam mengisytiharkan darurat selama setahun dan menyerahkan kuasa kepada Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Min Aung Hlaing.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas pihak tentera menahan Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi; Presiden Myanmar, U Win Myin; serta beberapa pegawai kanan lain pagi semalam.

Pihak tentera menyatakan, ia akan mengadakan "satu pilihan raya umum yang bebas dan adil" bila perintah darurat berakhir. Pengumuman di siaran televisyen milik tentera, TV Myawaddy, menjelaskan langkah itu perlu bagi menjaga 'kestabilan' negara, selain mendakwa suruhanjaya pilihan raya negara itu gagal menangani 'penyelewengan besar' pilihan raya November lalu.

Pengisytiharan ditandatangani Naib Presiden Pertama, U Myint Swe.

"Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) gagal menyelesaikan penyelewengan daftar pemilih dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 8 November 2020," kata kenyataan yang ditandatangani oleh pemangku Presiden baru, Myint Swe, yang juga bekas jeneral yang pernah menjadi Naib Presiden. - Agensi berita.

Laporan lain:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg