Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG UKRAINE

Tentera Russia tawan bandar pelabuhan Kherson

Sementara itu, di stesen kereta api Kyiv, ibu kota Ukraine...
Mar 04, 2022 | 06:33 AM



ODESSA, UKRAINE: Tentera Russia telah menawan bandar pertama Ukraine dalam satu serangan sengit ke atas pelabuhan strategik Kherson, sambil terus membedil sasaran-sasaran awam di merata tempat dan mengepung serta menyekat laluan ke arah ibu kota Kyiv.



Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa Russia supaya segera menghentikan serangannya dan mengundurkan tenteranya dari Ukraine.



Gerombolan tentera Russia dengan kereta-kereta kebalnya mara ke Kherson di Sungai Dnieper dekat Laut Hitam, setelah beberapa hari bertempur mengakibatkan sehingga 300 orang awam dan pejuang Ukraine terbunuh, kata mayor bandar itu.



Sorang lagi pegawai kanan pemerintah Ukraine mengesahkan bahawa bandar itu telah ditawan.



"Tidak ada tentera Ukraine di sini," kata mayor Kheron, Encik Igor Kolykhaev, ketika ditemu ramah.



Pencerobohan itu belum lagi menjatuhkan pemerintah di Kyiv tetapi ribuan orang dilaporkan mati atau cedera dan lebih 870,00 orang telah meninggalkan Ukraine.



Sementara gerombolan tentera Russia yang lain pula telah mengepung Kharkiv, bandar kedua terbesar, dan bandar pelabuhan Mariupol.



Lebih mengerikan lagi apabila dilihat begitu banyaknya deretan kenderaan tentera Russia di utara Kyiv yang dipercayai bersedia untuk melancarkan serangan.



Pertempuran bagi menguasai Kherson, sebuah pusat limbungan kapal dengan penduduk sekitar 250,000 orang, mengakibatkan banyak mayat bergelimpangan di jalan raya, bekalan elektrik terputus, bekalan air dan makan terbatas, ujar Encik Kolykhaev.



Para pekerja perbekalan awam yang cuba membaiki saluran paip yang rosak dan bekalan elektrik yang terputus turut diserang penembak tepat.



Encik Kolykhaev juga berkata, sekumpulan sekitar 10 orang pegawai Russia bersenjata, termasuk komander tentera yang menyerang bandar itu, masuk ke bangunan dewan bandaraya serta memberitahu beliau yang mereka mahu membentuk pentadbiran tentera di situ.



Video dan gambar-gambar yang disahkan oleh akhbar The New York Times menunjukkan yang tentera Russia telah menawan bangunan pentadbiran pemerintah di Kherson.



Sekurang-sekurangnya tiga kenderaan berperisai berada di hadapan bangunan itu dengan muncung senjatanya dihalakan ke luar bangunan.



Dua orang dilihat mendekati kenderaan itu sambil memegang bendera Ukraine.



Perhatian dunia terhadap pencerobohan Russia itu mulanya tertumpu kepada serangan-serangan ke atas dua bandar utama Kyiv dan Kharkiv di utara.



Tetapi kini telah menular ke bahagian selatan Ukraine.



Dengan menawan Kherson memudahkan lagi tentera-tentera Russia mara ke arah barat menuju Odessa - satu kemenangan besar - dalam usahanya cuba menawan seluruh bahagian pantai Laut Hitam dan menyekat laluan perkapalan dunia.



Tentera Russia telah menguasai Mariupol sedang pasukan tentera lautnya pula telah mendarat, menimbulkan kekhuatiran akan terjadinya serbuan ke atas sebuah bandar yang sudah terputus bekalan elektrik.



Mariupol terletak di Laut Azov, dan pelabuhan itu penting bagi menghubungkan wilayah pemisah yang menyokong Russia di tenggara Ukraine itu dengan Crimea, sebuah semenanjung di selatan Russia yang ditawannya dari Ukraine pada 2014. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >