Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Taiwan lepaskan tembakan amaran terhadap dron China

Sep 13, 2022 | 05:30 AM



TAIPEI: Pada mulanya tentera Taiwan tidak mengendahkan dron yang terbang dari China. Kemudian, apabila penerbangan meningkat, mereka melepaskan tembakan amaran. Akhirnya, tentera menembak sebuah dron yang jatuh ke dalam laut.



Bulan lalu, hampir 30 dron tidak bersenjata telah berlegar dekat dua pulau yang dikawal Taiwan berhampiran pantai selatan China.



Dron itu kebanyakannya jenis awam, atau tidak dikenali, tetapi jelas menyasarkan barisan tentera Taiwan yang ditempatkan di pulau berbatu itu.



Kehadiran dron menambah ketegangan antara kedua-dua pihak yang telah meningkat bulan lalu ke tahap tertinggi yang baru.



China - yang menganggap Taiwan sebagai wilayah pemberontak yang perlu disatukan semula dengan tanah besar, dengan kekerasan jika perlu - telah memperhebat kehadiran tenteranya di Selat Taiwan, jet terbang dan kapal berlayar semakin hampir ke pulau itu, menguji pertahanannya dan meningkatkan risiko konflik.



"China menggunakan gangguan sedemikian untuk meningkatkan tekanan, dengan sengaja meningkatkan ketegangan di sekitar Taiwan," kata Encik Chieh Chung, seorang penganalisis di Yayasan Dasar Nasional Taiwan.



"Jangan menganggap bahawa dron awam tiada kaitan dengan tujuan ketenteraan."



Persoalannya adalah bagaimana Taiwan akan bertindak balas terhadap penerbangan dron China masa depan yang mungkin memasuki ruang udaranya dan sama ada ia boleh menghalang Beijing tanpa mencetuskan konflik.



Minggu lalu, sebagai tambahan kepada pelbagai jenis pesawat perang yang biasa, tentera China menghantar empat dron ke ruang udara berhampiran Taiwan, kata Kementerian Pertahanan Taiwan.



China menerbangkan TB-001, sebuah dron tempur yang juga dikenali sebagai 'Twin-Tailed Scorpion', pada Khamis lalu, dan dua dron peninjau pada hari Jumaat dan Sabtu, menurut Taiwan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >