Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI MALAYSIA

Terpaksa bergayut 18 jam di pokok jambu

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



BENTONG (Pahang): Gara-gara cuba mendapatkan dokumen penting di rumah, seorang lelaki akhirnya terpaksa bergayut di atas pokok jambu selama 18 jam untuk menyelamatkan diri, sebelum diselamatkan anggota bomba.



Ini selepas banjir dan arus deras membadai rumahnya di Kampung Karak Setia di sini.



Menceritakan keadaan itu kepada Berita Harian Malaysia (BHM), isterinya, Cik Zuliah Simoh @ Mokhtar, 49 tahun, yang dilaporkan akhbar itu kelmarin, berkata, suaminya meninggalkan pusat pemindahan sementara (PPS) selepas menghantarnya dan dua anak mereka berusia 10 dan 19 tahun, kira-kira 10 malam pada 18 Disember lalu, dengan menaiki pikap untuk pulang ke rumah.



Suaminya, Encik Roslan Maalik, 52 tahun, terperangkap di atas pokok jambu di tepi rumahnya selepas dibawa arus deras dan berada di situ selama 18 jam - sebelum ditemui pihak bomba.



Cik Zuliah menceritakan suaminya mengadu badan digigit serangga, selain melihat air yang deras membawa bersama kayu. Banjir ketika itu hingga di paras bumbung rumah.



"Kekuatan mental suami yang sebelum ini bertugas sebagai anggota tentera darat membolehkannya bertahan di atas pokok selama 18 jam.



"Suami beritahu tanpa ketahanan diri sudah tentu dia tewas," katanya yang telah 12 tahun menetap di Kampung Karak Setia.



Cik Zuliah mendedahkan, mereka kerugian lebih RM300,000 ($97,148) apabila semua barangan dan peralatan termasuk tiga kereta dan empat motosikal tidak dapat diselamatkan dalam kejadian banjir bersama lumpur tebal itu.



Cik Zuliah sekeluarga dan ramai mangsa banjir yang lain telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia.



Mereka merupakan antara ribuan mangsa banjir terburuk berlaku di serata Malaysia yang terselamat.



Ramai yang menghadapi pengalaman seperti Cik Zuliah, tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka dibadai bencana alam itu.



Malah, banjir besar pada 19 Disember pula menenggelamkan kediaman penyanyi lagu 'Nurani' yang popular pada 1997, Eisya, atau nama penuhnya, Khairul Bariyah Ahmad Dasuki, 46 tahun.



Air yang naik pantas menyebabkan kediaman setingkat yang didiami Eisya, suami, anak dan ibu di Kampung Sri Aman, Puchong, Selangor, ditenggelami air.



Banjir turut memusnahkan studio milik adik Eisya yang terletak di belakang rumah, tiga kenderaan dan empat motosikal milik keluarga penyanyi itu.



"Tiada apa yang sempat diselamatkan melainkan dokumen penting. Rumah saya tidak ubah seperti filem Tiga Abdul, lapang berikutan banyak perabot rosak akibat tiga hari berendam dalam air," ujarnya yang ditukil BHM.



Akhbar itu melaporkan semalam, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah terus mencatat peningkatan pagi semalam berbanding kelmarin.



Di Pahang, hujan berterusan menyebabkan pertambahan mangsa, iaitu 2,188 masih berada di 51 PPS pada awal pagi semalam, membabitkan lapan daerah, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.



Daripada jumlah itu, 1,421 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua dengan daerah Lipis mencatatkan mangsa paling ramai, iaitu 553 orang diikuti Rompin (340 orang) dan Raub (278 orang) dan selebihnya dari daerah lain.



Lapan jalan ditutup akibat dinaiki air antaranya Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran), Jalan Kuantan-Segamat (Pekan), Jalan Temerloh-Jerantut (Temerloh) dan Jalan Bentong-Gua Musang (Lipis).



Di Melaka, jumlah mangsa meningkat kepada 2,537 mangsa daripada 656 keluarga setakat 8 pagi kelmarin berbanding 1,778 mangsa daripada 462 keluarga pada 8 malam sehari sebelumnya.



Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata kesemua mangsa terjejas dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan sembilan di Jasin.



Di Johor pula, jumlah mangsa bertambah kepada 3,841 orang pagi semalam berbanding 2,553 orang kelmarin dengan enam daerah kini terjejas.



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata Mersing menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan seramai 366 mangsa daripada 90 keluarga ditempatkan di enam PPS. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >