Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Thai abai protes, terima lawatan pemimpin junta Myanmar

Apr 4, 2025 | 12:50 PM
Gambar edaran yang disediakan oleh Kementerian Luar Thailand menunjukkan Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing (kiri), bersalaman dengan Perdana Menteri Thailand, Cik Paetongtarn Shinawatra, semasa Sidang Puncak Keenam BIMSTEC dan mesyuarat berkaitan di Bangkok, pada 4 April.
Gambar edaran yang disediakan oleh Kementerian Luar Thailand menunjukkan Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing (kiri), bersalaman dengan Perdana Menteri Thailand, Cik Paetongtarn Shinawatra, semasa Sidang Puncak Keenam BIMSTEC dan mesyuarat berkaitan di Bangkok, pada 4 April. - Foto EPA-EFE

BANGKOK: Selama bertahun-tahun, ketua tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, telah dilayan seperti paria di pentas sejagat.

Beliau telah mengadakan beberapa lawatan ke luar negara, selain ke Russia dan China, sejak mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa pada 2021.

Sekian lama beliau dikenakan sekatan oleh Barat, beliau dihalang daripada menghadiri mesyuarat Asean yang turut dianggotai Myanmar, kerana kegagalan tenteranya melaksanakan pelan damai yang dipersetujui dalam perang saudara di negara itu.

Waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada November yang menuduhnya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan sepatutnya mengasingkan beliau lebih jauh lagi.

Namun, pada 3 April, Jeneral Min Aung Hlaing, tiba di Bangkok untuk menghadiri sidang puncak serantau kumpulan tujuh negara di sekitar Teluk Bengal yang turut merangkumi India dan Thailand.

Lawatan beliau dibuat kurang seminggu selepas gempa bumi melanda Myanmar pada 28 Mac.

Tragedi itu membunuh sekurang-kurangnya 3,085 orang, dan tenteranya mendapat kritikan hebat kerana meneruskan serangan udara dalam perang saudara yang sedang berlaku, pada hari-hari selepas bencana tersebut.

Bagi beliau, lawatan pertamanya ke negara Asia Tenggara sejak April 2021 akan memberikan rejimnya perhatian antarabangsa yang telah lama diingini.

Kerajaan Thailand, yang sudah melindungi puluhan ribu pelarian dari Myanmar di kem sepanjang sempadan, hubungan stabil dengan junta tentera boleh membantu menangani aliran pendatang baru.

Pengkritik menyifatkan lawatan itu sebagai petunjuk terbaru bahawa Bangkok memandang hak asasi manusia sebagai tidak relevan dalam dasar luarnya.

“Mereka tidak kisah,” kata mantan Menteri Luar Thailand, Encik Kasit Piromya.

“Ia adalah satu penghinaan kepada Asean. Ia adalah ketakutan kepada tentera Myanmar, ketamakan dan kerana mereka semua tidak demokratik,” tambahnya.

Thailand tidak banyak berkata tentang lawatan Jeneral Min Aung Hlaing selain mengesahkan ia berlaku.

Keadilan bagi Myanmar, sebuah badan pemerhati, dan 318 pertubuhan lain menggesa Thailand agar tidak menjemput jeneral itu, dengan menyatakan beliau tidak mempunyai legitimasi untuk mewakili rakyat Myanmar. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg