Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thai jangka Tesla, Google, Microsoft labur $7b

Sep 25, 2023 | 02:35 PM



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Srettha Thavisin berkata pada Ahad bahawa negaranya dijangka menerima pelaburan sekurang-kurangnya AS$5 bilion ($7 bilion) daripada tiga syarikat gergasi - Tesla, Google dan Microsoft.


“Tesla akan meneliti kemudahan pembuatan kenderaan elektrik (EV), Microsoft dan Google sedang menimbangkan kemungkinan membuka pusat data,” katanya, tanpa memperincikan sama ada AS$5 bilion itu merupakan pelaburan gabungan atau dibuat secara individu oleh setiap syarikat.

Tesla, Google dan Microsoft tidak segera menjawab pertanyaan media ketika diminta komen mereka.

Encik Srettha bercakap kepada pemberita di Bangkok selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.

Ketika berada di sana, beliau turut mengadakan perbincangan dengan eksekutif syarikat-syarikat berkenaan. Kemasukan pelaburan asing baru akan meningkatkan ekonomi Thailand yang lemah - dijangka berkembang sebanyak 2.8 peratus tahun ini, kurang daripada unjuran sebelumnya, disebabkan berkurangnya eksport.

Encik Srettha berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk minggu lalu mengenai sektor EV di Thailand.

Thailand, hab pemasangan kereta keempat terbesar di Asia, telah menawarkan insentif kepada pembuat EV dan bateri, dan pemotongan cukai kepada pembeli EV tempatan, untuk kekal sebagai pusat kereta serantau.

Media Bangkok sebelum ini melaporkan bahawa langkah strategi itu mempamerkan keinginan Thailand menjadikan negara tersebut sebagai destinasi utama untuk pelaburan teknologi, terutamanya dalam pasaran EV yang pesat berkembang.

Dalam pada itu, perjanjian Tesla dengan Malaysia untuk membuka ibu pejabat serantaunya di Cyberjaya, Selangor, meletakkan Tesla sebagai syarikat kenderaan pertama yang berjaya untuk mendapatkan sokongan di bawah inisiatif Peneraju Sejagat Kenderaan Elektrik Bateri Malaysia yang dilancarkan pada Mac lalu.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk menjadikan negaranya sebagai hab serantau bagi industri EV. Perkara itu kemudiannya disahkan pada Julai, susuli pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Encik Musk sendiri.

Pelaburan Tesla di Malaysia itu dikatakan merupakan suatu tamparan bagi Indonesia untuk menguasai industri EV di rantau Asia Tenggara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >