Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Thailand adakan pilihan raya parlimen pada 8 Feb

Dec 15, 2025 | 8:15 PM
Thailand dijadualkan mengadakan pilihan raya parlimen pada 8 Februari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand dalam satu kenyataan pada 15 Disember.
Thailand dijadualkan mengadakan pilihan raya parlimen pada 8 Februari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand dalam satu kenyataan pada 15 Disember. - Foto AFP

Thailand dijadualkan mengadakan pilihan raya parlimen pada 8 Februari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand dalam satu kenyataan pada 15 Disember.

Pengundian itu diadakan lebih awal daripada jangkaan selepas Perdana Menteri Thailand, Encik Anutin Charnvirakul, membubarkan parlimen minggu lalu.

Langkah itu diambil selepas Encik Anutin berdepan perpecahan Parti Rakyat (People’s Party) selaku gabungan pembangkang terbesar di parlimen.

Ini sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu dan ketika negara itu berdepan konflik sempadan yang memuncak dengan negara jirannya, Kemboja.

Rakyat Thailand akan mengundi untuk memilih 500 anggota parlimen, dengan 400 kerusi kawasan undi dan 100 kerusi diperuntukkan melalui senarai parti.

Pada masa yang sama, setiap parti dibenarkan mengemukakan sehingga tiga calon bagi peranan Perdana Menteri.

Keputusan rasmi pilihan raya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 9 April, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.

Selepas itu, parlimen baru perlu bersidang dalam tempoh 15 hari bagi memilih Speaker Parlimen sebelum mengundi untuk seorang Perdana Menteri.

Sebagai Perdana Menteri ketiga Thailand sejak Ogos 2023, Encik Anutin telah memperoleh sokongan Parti Rakyat bagi pencalonannya sebagai Perdana Menteri pada September lalu, dengan syarat beliau memulakan proses meminda perlembagaan dan membubarkan parlimen menjelang akhir Januari.

Sebagai tokoh politik yang berpengalaman dalam rundingan, Encik Anutin, 59 tahun, dijangka meraih sokongan rakyat daripada gelombang nasionalisme yang melanda negara itu, ketika tenteranya memerangi Kemboja atas alasan mempertahankan kedaulatan Thailand. – Reuters, AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg