Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wabak Covid-19 merebak di penjara:Thailand fikir kemungkinan bebaskan 50,000 banduan

May 18, 2021 | 10:22 PM



BANGKOK: Thailand yang sudah melalui penularan wabak koronavirus paling teruk sejak awal pandemik sedang memikirkan kemungkinan mengurangkan jumlah banduan sehingga sebanyak 16 peratus bagi menangani jangkitan yang cepat merebak dalam kalangan banduan dan pekerja di kemudahan yang sesak.



Lebih 10,000 kes Covid-19 baru dilaporkan melanda penjara Thailand yang penuh sarat.



Pembentukan beberapa kelompok terkini telah menyebabkan angka harian kes jangkitan Covid-19 bertambah seganda sepanjang minggu lalu termasuk Isnin (17 Mei) di mana lebih dua pertiga daripada 9.635 jangkitan dilaporkan di penjara sebagaimana yang terakam dalam data rasmi.



Penularan wabak dalam sistem penjara ini menggambarkan keadaan di kebanyakan kawasan metropolitan Bangkok, di mana jangkitan merebak cepat di kawasan setinggan yang sibuk, tapak binaan yang sesak malah mempunyai kompleks perumahan kerajaan.



Kadar vaksinasi yang perlahan menambah cabaran berdepan dengan pihak berkuasa.



"Jika kita tidak mendapat bekalan vaksin secukupnya atau jika kami tidak dapat mengekang penularan wabak ini secepatnya, kita perlu memikirkan tentang mengurangkan bilangan banduan dalam sistem ini menerusi usaha membebaskan mereka lebih awal daripada sepatutnya," kata Menteri Keadilan, Encik Somsak Thepsuthin.



"Mereka telah dipenjara. Mereka tidak harus dibiarkan untuk menderita lebih daripada itu," jelasnya lagi.



Dengan 311,000 banduan, penjara Thailand kini beroperasi dengan kadar lima peratus melebihi tampungan rasmi. Lebih 80 peratus daripada golongan yang dipenjara ini didakwa atas kesalahan dadah. 



Kementerian Keadilan Thailand sedang meninjau kemungkinan mengenalkan rancangan pembebasan awal buat 50,000 banduan dengan menggunakan sistem pemantauan elektronik dan penyesuaian kriteria.



Bagaimanapun, Encik Somsak berkata keutamaan kementeriannya adalah mentadbir vaksin agar dapat diberi kepada banduan dan pegawai penjara bagi mengurangkan jangkitan. 



Pada jangka panjang, undang-undang dadah Thailand akan diubah bagi membolehkan hukuman penjara lebih pendek buat kesalahan kecil demi memberi tumpuan lebih kepada proses pemulihan yang akan mengurangkan kesesakan penjara dan kos sekali gus, ujar Encik Somsak.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >