Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Thailand isytihar 31 Jul sebagai cuti tambahan untuk rangsang pelancongan, ekon

Jul 26, 2023 | 05:03 PM



BANGKOK: Kabinet Thailand meluluskan cuti umum tambahan pada 31 Julai untuk menetapkan rehat enam hari bagi kebanyakan pekerja dalam usaha merangsang pelancongan dan perbelanjaan domestik.


Cuti tambahan itu akan memastikan sektor  awam dan swasta ditutup antara 28 Julai dengan 2 Ogos, kata timbalan jurucakap kerajaan, Cik Rachada Dhnadirek, dalam satu kenyataan pada  Selasa.

Mesyuarat Kabinet mingguan biasanya diadakan pada Selasa – akan ditangguhkan, katanya, sambil menambah bahawa Bank of Thailand dan Kementerian Buruh telah diminta mempertimbangkan untuk meluluskan 31 Julai sebagai cuti umum untuk dan juga pekerja.

Pasaran kewangan negara biasanya mengikut arahan bank pusat pada hari cuti.

Cuti yang panjang akan menggalakkan perjalanan dan perbelanjaan domestik, meningkatkan industri pelancongan, jelas Cik Rachada.

Pelancongan adalah antara sektor penggalak ekonomi Thailand yang menghadapi masalah akibat kemerosotan dalam bidang eksport dan pelaburan di tengah-tengah kesibukan kegiatan politik berikutan pilihan raya umum pada Mei.

Thailand akan mempunyai sejumlah 20 cuti umum pada 2023, tambah Cik Rachada.

Pelbagai agensi yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan awam yang penting telah diminta mengambil langkah untuk memastikan operasi tidak terganggu, katanya.

Menyusuli berita tersebut, saham pengendali hotel di Thailand meningkat dalam dagangan Bangkok, dengan Indeks Pelancongan dan Riadah di Bursa Saham Thailand meningkat 2.8 peratus berbanding penurunan lima hari berturut-turut.

Saham syarikat Minor International melonjak 4.8 peratus, paling tinggi sejak 11 November, dan Kumpulan Erawan meningkat 2.3 peratus kepada paras tertinggi dalam seminggu.

Peningkatan ketibaan pelancong telah menjadi pemacu utama ekonomi pada 2023 dengan Bank of Thailand meramalkan kadar pertumbuhan 3.6 peratus – meningkat daripada 2.6 peratus pada 2022.

Sasaran itu kini berdepan risiko daripada kelewatan pembentukan kerajaan baru, walaupun selepas lebih dua bulan negara itu mengadakan pilihan raya umum.

Kementerian Pelancongan dan Sukan menjangka ketibaan pelancong asing meningkat lebih dua kali ganda pada 2023 kepada 25 juta dengan jumlah hasil pelancongan sebanyak 2.38 trilion baht ($91.8 bilion).

Industri itu telah memperoleh 1 trilion baht sejak awal 2023 apabila ketibaan asing berjumlah 14.8 juta antara 1 Januari dengan 23 Julai, kata kementerian itu pada Selasa. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >