Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Thai gantung Pita selaku AP berhubung isu pegangan saham media

Jul 19, 2023 | 07:13 PM



BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon Perdana Menteri Thailand, Encik Pita Limjaroenrat, selaku Anggota Parlimen (AP) pada Rabu, sedang Parlimen bersidang dan mungkin menjadi pilihan terakhir beliau untuk menjadi perdana menteri.


Keputusan mahkamah itu dibuat selepas menerima kes yang mendakwa Encik Pita, pemimpin Parti Move Forward (MFP) yang memenangi pilihan raya, tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya 14 Mei kerana beliau memegang saham dalam sebuah syarikat media, yang melanggar peraturan pilihan raya.

Encik Pita, 42 tahun, gagal dalam bidaan awalnya untuk jawatan perdana menteri dalam undian Parlimen minggu lalu dan memerlukan sokongan lebih separuh daripada Parlimen dwidewan untuk menjadi perdana menteri baru bagi negara Gajah Putih itu.

Beliau harus mengatasi cabaran sengit daripada pesaing yang bertentangan dengan cita-cita antigolongan berkuasa partinya, termasuk pihak tentera yang setia kepada Raja Thailand, yang melantik para senator anggota Dewan Senat yang menafikan Encik Pita dalam usaha awalnya.

Sehingga laporan ini disiapkan, tidak jelas sama ada pengumuman mahkamah itu akan menjejas undian pada Rabu, dengan para anggota kedua-dua Dewan – Senat dan Parlimen – masih membahaskan pencalonan Encik Pita.

Peraturan Parlimen yang digubal oleh tentera selepas rampasan kuasa 2014 dan memihak kepada mereka menyukarkan Encik Pita untuk membentuk kerajaan dengan pakatan lapan parti yang menyokongnya.

Keputusan mahkamah, kes aktif kedua yang melibatkan Encik Pita dibuat ketika penggubal undang-undang membahaskan sama ada Encik Pita harus dibenarkan bertanding dalam pengundian kedua bagi jawatan perdana menteri, kerana beliau sebelum ini telah ditolak.

Encik Pita berhujah beliau tidak melanggar peraturan dengan memiliki saham dalam syarikat media iTV kerana ia tidak terlibat dalam operasi media massa selama bertahun-tahun.

Beliau diberi tempoh 15 hari untuk menjawab keputusan penggantungan itu, kata mahkamah dalam satu kenyataan.

MFP berkata keputusan mahkamah itu tidak memberi kesan kepada prosiding.

“Mengikut undang-undang, Encik Pita kekal sebagai calon perdana menteri,” katanya, sambil menggesa orang ramai supaya mengikuti perbahasan yang disiarkan di televisyen.

Encik Pita mempunyai “gunung yang perlu didaki” untuk menjadi perdana menteri. Cabaran kembar pada Rabu daripada kedua-dua musuh politiknya di parlimen dan dewan senat, di samping mahkamah adalah halangan yang sudah beliau jangkakan.

Dalam satu wawancara pada Selasa, beliau memberitahu agensi berita Reuters bahawa langkah itu “dirancang terlebih dahulu” dan beliau menyifatkan usaha pihak tentera untuk menggagalkannya sebagai “rekod yang rosak”.


Thailand diletak di bawah pentadbiran sementara sejak Mac dan 65 hari telah berlalu sejak kejayaan menakjubkan MFP dalam pilihan raya ke atas parti-parti yang disokong tentera, selepas sembilan tahun kerajaan dikawal oleh jeneral.

Undian untuk memilih Perdana Menteri Thailand yang baharu dijadual diadakan pada 22 Ogos ini, umum Speaker Wan Muhamad Noor Matha.

Pengumuman itu dibuat selepas Mahkamah Perlembagaan pada Rabu menolak petisyen untuk menyemak semula keputusan Parlimen yang menafikan pencalonan semula Encik Pita sebagai perdana menteri untuk kali kedua.

Parti Pheu Thai yang menduduki tempat kedua dalam Pilihan raya Umum dengan 141 Ahli Parlimen keluar daripada gabungan bersama MFP awal bulan ini.

Parti Pheu Thai kini mengetuai gabungan baharu sembilan parti selepas meninggalkan MFP, kini menjadi pendahulu dalam usaha membentuk kerajaan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >