BANGKOK: Waran tangkapan telah dikeluarkan ke atas seorang lelaki Amerika Syarikat yang didakwa mencuri bahagian tubuh bayi daripada muzium perubatan dan cuba menghantarnya ke Amerika.
Ryan Edward McPherson, 31 tahun, dirakam kamera pengawasan memasuki muzium perubatan Hospital Siriraj sebelum bahagian tubuh bayi itu dilaporkan hilang, menurut akhbar The Nation yang menukil sumber polis.