Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thailand rancang tawar visa warga asing pelajari Muay Thai, seni budaya Thai

Jan 15, 2024 | 11:46 AM



BANGKOK: Thailand berhasrat untuk memperkenalkan satu visa khas bagi membolehkan warga asing melawat negara itu untuk tujuan pelajari Muay Thai serta seni kebudayaan lain.

Demikian dinyatakan, Perdana Menteri, Encik Srettha Thavisin, dalam satu kenyataan di platform media sosial X pada 14 Januari petang.

Menurut beliau, ia satu rancangan sebagai sebahagian menggalak pertukaran budaya untuk mengukuhkan ekonomi negara serta menonjolkan aktiviti kuasa lembut (soft power).

Encik Srettha berkata kerajaan Thailand sedia menawarkan individu yang berminat untuk mempelajari Muay Thai dengan visa khas 90 hari (berbanding visa standard 60 hari).

“Kami tidak hanya memikirkan untuk memberikan visa khas buat Muay Thai tetapi juga untuk aktiviti ‘soft power’ lain seperti tarian dan muzik Thailand selain mempelajari cara memasak makanan Thailand.

“Kami bersedia untuk menyokong inisiatif itu. Kami sedang bersiap sedia untuk mempertimbangkan pemberian visa khas untuk mereka selepas ini,” katanya di platform media sosial, X.

Penasihat kepada perdana menteri dan pengerusi jawatankuasa khas kerajaan untuk menggalakkan aktiviti berkaitan sukan, Pimol Srivikorn berkata kerajaan bercadang untuk memperkenalkan visa khas bagi pelancong asing yang ingin melawat Thailand untuk berlatih Muay Thai.

“Dengan visa pelancong, warga asing boleh tinggal di Thailand sehingga 60 hari tetapi dengan visa khas untuk mempelajari Muay Thai, mereka boleh tinggal selama 90 hari.

“Kerajaan akan menetapkan tahap standard yang perlu dicapai di kelas dan juga pensijilan untuk guru Muay Thai supaya seni tempur negara dapat disebarkan dengan tepat ke seluruh dunia,” katanya.

Kerajaan Thailand sedang berusaha untuk mempromosikan aktiviti kuasa lembutnya secara global dalam 11 industri untuk mewujudkan lebih 20 juta pekerjaan dan menjana pendapatan empat trilion baht ($151 bilion) setahun.

Sejumlah 11 industri itu, termasuk pelancongan, festival, sukan, masakan, filem, muzik, seni, buku, permainan, reka bentuk dan fesyen. Inovasi dan reka bentuk jenama akan digunakan untuk mempromosikan produk penting dalam pasaran global. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >