Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perkahwinan Putera Mateen dari Brunei jadi sorotan dunia

Jan 12, 2024 | 05:20 PM



BANDAR SERI BEGAWAN: Dalam acara istiadat perkahwinan diraja selama 10 hari, pernikahan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, dan pasangannya, Cik Dayang Anisha Rosnah Isa-Kalebic, pada 11 Januari menarik perhatian dari seluruh dunia.


Pernikahan di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, yang berkubah emas, di ibu negara Bandar Seri Begawan itu menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat Brunei dan dijangka menjadi perbualan banyak pihak hingga beberapa waktu lagi.

Acara bermula dengan majlis pertunangan pada 7 Januari dengan segala kemegahannya, yang bukan menandakan penyatuan dua hati sahaja, malah lambang keharmonian dan keindahan budaya Brunei.

Perayaan perkahwinan diraja ini akan mencapai kemuncaknya pada 14 Januari dengan upacara gemerlapan di istana diraja yang mempunyai 1,788 bilik serta perarakan. Senarai tetamu dijangka termasuk kerabat diraja antarabangsa dan pemimpin politik dunia.

Ramai rakyat Brunei merancang untuk berbaris di jalanan bagi perarakan pasangan tersebut dalam kereta diraja.

Putera Mateen, 32 tahun, berkhidmat sebagai juruterbang helikopter dan memegang pangkat utama dalam Tentera Udara Diraja Brunei.

Beliau mewakili Brunei dalam sukan polo pada Sukan SEA 2017 dan 2019 dan diiktiraf sebagai salah seorang daripada 50 teruna paling layak Asia oleh Majalah Tatler Hong Kong pada 2016.


Cik Dayang Anisha, 29 tahun, seorang lulusan Universiti Bath di Britain dan usahawan.

Beliau kini menguruskan Silk Collective, sebuah jenama fesyen, dan Authentirary, sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pengalaman kebudayaan.

Beliau daripada keluarga berprestij, dengan datuknya, Pehin Dato Isa, berkhidmat sebagai penasihat khas Sultan Brunei, dan memegang peranan penting dalam kerajaan Brunei pada 1960-an dan 1970-an.

Abangnya, Encik Danial Deen Isa-Kalebic, dilaporkan merupakan kawan rapat Putera Mateen, sementara kakak iparnya, Cik Janetira Attaskulchai Deen, anggota keluarga Attaskulchai Thailand yang terkenal dengan empayar yogurt mereka, Betagen. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >