Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thaksin akan pulang ke Thailand pada 22 Ogos, ujar anak

Aug 19, 2023 | 02:14 PM



BANGKOK: Mantan perdana menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, bersiap untuk pulang ke negara itu pada 22 Oktober, hari yang sama dengan undian utama parlimen yang boleh menamatkan kebuntuan politik, kata anak perempuannya.


Jutawan berusia 74 tahun itu digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006 dan telah menghabiskan 15 tahun di luar negara setelah meninggalkan negaranya sebagai seorang buangan politik. 

Encik Thaksin sudah lama berkata beliau ingin pulang ke tanah airnya, tetapi beliau berdepan pelbagai tuduhan jenayah yang disifatkannya bermotifkan politik.

“Pada Selasa, 22 Ogos, 9 pagi saya akan menjemput ayah saya, Thaksin, di Lapangan Terbang Don Muang,” kata anaknya, Cik Paetongtarn Shinawatra, salah seorang calon perdana menteri Parti Pheu Thai, di Instagram.

Kepulangannya akan bertepatan dengan satu undian petang di parlimen untuk meluluskan atau tidak Encik Srettha Thavisin – daripada Parti Pheu Thai – sebagai perdana menteri dan menamatkan kebuntuan politik selama tiga bulan sejak pilihan raya umum Mei.

Untuk menjadi perdana menteri, Encik Srettha memerlukan majoriti di seluruh dewan rakyat, yang terdiri daripada 500 ahli parlimen yang dipilih dan 250 ahli senat, yang dipilih oleh kerajaan junta sebelum ini.

Parti Move Forward (MFP) yang progresif memenangi kerusi parlimen terbanyak dalam pilihan raya itu tetapi senat yang dikuasai tentera menyekat pemimpinnya daripada menjadi perdana menteri.

Parti Pheu Thai yang disokong Encik Thaksin menduduki tempat kedua dan telah berusaha untuk membentuk kerajaan.

Pihak yang dikaitkan dengan Encik Thaksin menguasai politik Thai sejak 2001 tetapi kehilangan dua perdana menteri, seorang akibat rampasan kuasa tentera dan seorang lagi akibat keputusan mahkamah.

Encik Thaksin berkata di media sosial beberapa hari sebelum pilihan raya Mei bahawa beliau akan pulang ke Thailand “sebelum hari lahir saya” pada Julai kerana semakin tua dan mahu menghabiskan masa bersama cucunya.

Beliau tinggal dalam buangan sendiri, kebanyakannya di Dubai, sejak 2008 tetapi kerap menghubungi penyokong di platform media sosial Clubhouse menggunakan nama samaran Tony Woodsome.

Mantan pemimpin itu didapati bersalah semasa di luar negara berkaitan empat kes jenayah, yang satu daripadanya kini sudah melebihi had tempoh undang-undang. 

Beliau dihukum penjara sejumlah 10 tahun bagi baki tiga tuduhan itu, selain masih disiasat bagi satu lagi kes, dan berkata dalam ucapannya pada Mei bahawa beliau bersedia menghadapi keadilan.

Apabila tiba, Encik Thaksin mungkin dibawa ke Mahkamah Agung dan kemudian ke pusat tahanan khas sebelum dihantar ke penjara.

Encik Thaksin sebelum ini dijadualkan pulang ke Bangkok pada 10 Ogos tetapi ia ditangguhkan dengan alasan satu janji temu perubatan. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >