Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada bukti jelas Covid-19 mula di makmal Wuhan: Laporan risikan AS

Jun 24, 2023 | 12:54 PM



WASHINGTON: Agensi risikan Amerika Syarikat tidak menemukan sebarang bukti jelas bahawa pandemik Covid-19 berpunca daripada satu kejadian di Institut Virologi Wuhan (WIV) di China, menurut satu laporan yang telah diubah statusnya pada Jumaat selepas disenarai sulit sebelum ini.


Laporan empat halaman oleh Pejabat Pengarah Risikan Nasional (ODNI) itu bagaimanapun berkata masyarakat risikan Amerika Syarikat masih tidak dapat menolak kemungkinan virus tersebut bermula di sebuah makmal dan belum berjaya menemukan punca pandemik itu.

“Agensi Risikan Pusat (CIA) dan sebuah lagi agensi masih belum berjaya menentukan punca sebenar pandemik Covid-19 kerana kedua-dua hipotesis (semula jadi dan makmal) bergantung pada anggapan yang besar atau berdepan dengan cabaran laporan yang bercanggah,” menurut laporan ODNI itu.

Sementara usaha meluas telah dijalankan pada koronavirus di WIV, agensi itu berkata mereka tidak menemukan bukti kejadian yang boleh menyebabkan penularan virus itu.

“Kami tidak menemukan apa-apa yang menunjukkan bahawa penyelidikan WIV sebelum pandemik melibatkan Sars-CoV-2 atau virus serupanya, mahupun bukti jelas kejadian berkaitan penyelidikan tertentu melibatkan pegawai WIV sebelum pandemik yang mungkin menyebabkan pandemik Covid-19,” menurut laporan itu.

Asal-usul pandemik itu telah hangat dibahaskan di Amerika sejak kes pertama jangkitan melibatkan manusia dilaporkan di Wuhan pada lewat 2019.

Pada Mac, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menandatangani rang undang-undang untuk mengubah status maklumat berkaitan asal-usul pandemik Covid-19, yang disenaraikan sebagai maklumat sulit sebelum ini.

Ketika itu, Encik Biden berkata beliau mempunyai matlamat sama dengan Kongres untuk menerbitkan seberapa banyak maklumat tentang asal-usul Covid-19.

Perbincangan tentang asal-usul Covid-19 itu kembali hangat menyusuli laporan Wall Street Journal pada Februari bahawa Jabatan Tenaga Amerika telah menilai dengan keyakinan yang rendah dalam satu laporan risikan sulit bahawa pandemik Covid-19 kemungkinan besar berpunca daripada kebocoran di sebuah makmal China.


Penilaian itu turut ditolak Beijing.

Pengarah FBI, Encik Christopher Wray, pula berkata pada 28 Februari bahawa agensinya telah membuat penilaian bahawa pandemik itu berpunca daripada kejadian makmal di Wuhan.

Dakwaan itu turut ditolak China yang menyifatkannya sebagai tidak boleh dipercayai. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >