Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiada bukti kerosakan enjin, faktor juruterbang punca nahas

Laporan nahas pesawat di Elmina, Shah Alam dikeluarkan Kementerian Pengangkutan M’sia
Sep 16, 2023 | 05:30 AM



Laporan awal nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor, dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia mengetepikan kerosakan enjin atau ketidakupayaan juruterbang sebagai punca kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa pada 17 Ogos lalu.

Berdasarkan laporan itu, tiada sebarang penemuan objek asing atau bulu burung pada komponen enjin pesawat jet Hawker Beechcraft 390 Premier 1, yang terhempas sebelum terbakar dalam kejadian itu.

Laporan 60 muka surat yang dikongsikan di laman web MOT pada Jumaat turut menyebut bahawa faktor kesihatan dan psikologi diketepikan sebagai punca nahas tersebut.

“Tiada bukti ketidakupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan. Kedua-dua juruterbang mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Person in command (PIC) telah dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada.


“Kedua-dua enjin juga tidak mempunyai bukti pelepasan bilah seperti kemek, lekuk dan bulu burung pada mana-mana komponen enjin.

“Tiada bukti pesawat dimasuki objek asing, bulu burung atau bahan lain ke bahagian-bahagian enjin,” kata Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) MOT pada Jumaat.

Laporan awal BSKU turut menyebut, kemalangan tidak dapat dielakkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran berlaku selepas kemalangan.


Menurut laporan itu, fail audio dan kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) pesawat berkenaan berjaya dipulihkan oleh makmal di Amerika Syarikat pada 28 Ogos lalu.

Makmal L3Harris Technologies di St Petersburg, Florida, Amerika Syarikat, menjalankan pemulihan CVR pada 28 Ogos lalu selepas ia gagal dipulihkan di makmal Singapura.

“Fail audio daripada pesawat berkenaan yang dimuat turun kemudian diberikan kepada tiga agensi iaitu BSKU, Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) Amerika untuk dianalisis.

“Pasukan itu menyemak fail audio yang diambil dan membuat kesimpulan bahawa fail itu berjaya diselesai dan pemulihan data CVR kemalangan berjaya diperoleh,” katanya.

Laporan itu turut memaklumkan transkripsi awal fail audio perakam suara kokpit pesawat itu telah selesai dan analisis sedang dijalankan.

Sementara itu, MOT dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata laporan akhir nahas pesawat itu dijangka selesai Ogos 2024.

“Laporan awal tersebut memenuhi standard Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memerlukan penyediaan laporan awal dalam tempoh 30 hari dari tarikh insiden tersebut.

“Laporan ini mengandungi pernyataan fakta dan penemuan awal yang telah ditentukan sehingga waktu penerbitan laporan ini. Laporan awal ini harus dianggap sebagai tentatif dan boleh diubah atau diperbetulkan jika terdapat maklumat dan bukti tambahan.

“Kementerian merakamkan penghargaan kepada BSKU kerana usaha teliti dan tekad memperkasakan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan hasil siasatan kes itu.

“Kementerian juga mengucapkan terima kasih kepada NTSB Amerika serta TSIB Singapura atas bantuan diberikan dalam siasatan BSKU, melalui wakil bertauliah masing-masing dan penasihat teknikal mereka sama ada di dalam negara atau di luar negara,” katanya.

Pada 17 Ogos lalu, pesawat itu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang.

Tragedi itu meragut 10 nyawa, termasuk lapan penumpang dan kru di atas pesawat serta dua pengguna jalan raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >