Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tragedi pesawat di Elmina berbekas di ingatan pegawai penyelamat

Aug 23, 2023 | 02:33 PM



KUALA LUMPUR: Tragedi duka pesawat privet penumpang yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos lalu bukan saja meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga, bahkan juga pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi khas kejadian itu.


Berkongsi pengalaman selepas lima hari kejadian malang itu berlaku, Pegawai Operasi Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa) Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Encik Kang Wei Xian, berkata memori melihat sendiri di depan mata keadaan mayat yang sebahagiannya tidak sempurna selain kesan terbakar tidak akan luput daripada ingatan.

“Lima hari sudah berlalu, namun memori menyayat hati ketika mengutip satu persatu cebisan mayat mangsa di lokasi pesawat terhempas masih terus ‘melekat’ di fikiran,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.


Menurutnya, beliau antara individu yang terbabit dalam operasi khas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Polis Forensik dan Unit Forensik Kementerian Kesihatan sejak Khamis lalu.

“Seramai 10 anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam mula digerakkan untuk menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa nahas pada 3.15 petang Khamis lalu iaitu sejurus pesawat jenis Beechcraft Premier 1 itu terhempas dan meletup.


“Selain itu, APM Selangor juga menghantar 13 anggota dari daerah Klang dan Petaling bagi membantu operasi berkenaan. Pos Kawalan Tempat Kejadian (APM) turut dibuka di tapak nahas,” katanya.

Beliau berkata, tugasan utama APM membantu pihak polis Forensik dan pegawai Forensik Kementerian Kesihatan mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian.

“Sebagai pegawai operasi Paspa, tugasan utama saya adalah menyelaraskan kerja mencari dan menjejaki mengikut protokol DVI (pengecaman mangsa bencana) ditetapkan.

“Selain itu, saya juga adalah Liason Officer (pegawai perhubungan) antara Ground Zero (lokasi nahas) dan juga Pusat Kawalan Operasi Pusat (PKOP). Malah pada hari kejadian, saya turut terbabit dalam tugasan mengumpul dan mengutip cebisan mayat mangsa.


“Perasaan sedih sukar digambarkan ketika melihat ada mayat mangsa yang rentung. Kebanyakan mayat mangsa berada dalam keadaan tidak sempurna,” katanya.

Menurutnya, mereka cuba sedaya upaya mencari semua cebisan mayat mangsa yang terdapat di Ground Zero sebelum menyerahkannya kepada Forensik KKM.


“Walaupun kesemua 10 mangsa sudah meninggal dunia, apa yang kami lakukan ini dianggap penghormatan terakhir kepada mereka semua.

“Sukar digambarkan detik-detik akhir mangsa sebelum pesawat itu menjunam dengan kelajuan tinggi dan terhempas ke bumi. Situasi di Ground Zero dipenuhi bangkai pesawat yang hancur sepenuhnya,” katanya.


Menurutnya, situasi menyayat hati di tapak nahas pesawat itu membuatnya dan anggota APM lain amat bersimpati kepada mangsa dan ahli keluarga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >