Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada gencatan senjata, pembebasan tebusan sebelum Jumaat: Israel

Nov 23, 2023 | 04:12 PM



BAITULMAKDIS: Pegawai Israel berkata tidak akan ada pemberhentian dalam pertempuran di Gaza atau sebarang pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebelum Jumaat, walaupun kedua-dua pihak telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata.


Perjanjian itu telah diluluskan oleh pemerintah Israel pada Rabu dan dijangka berkuat kuasa pada Khamis.

Tetapi seorang pegawai Israel memberitahu AFP awal Khamis bahawa pertempuran antara Israel dengan Hamas Gaza tidak akan terhenti “sebelum Jumaat”.

Komen pegawai itu dikeluarkan sejurus selepas Penasihat Keselamatan Negara Israel, Encik Tzachi Hanegbi, berkata lewat Rabu bahawa tiada seorang pun tebusan yang ditawan dalam serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober, akan dibebaskan sebelum Jumaat.

“Hubungan mengenai pembebasan tebusan kami semakin rancak dan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Permulaan pembebasan akan berlaku mengikut perjanjian asal antara pihak-pihak yang terlibat dan bukan sebelum Jumaat,” tambah kenyataan itu lagi.

Beberapa minit sebelum itu, pegawai Israel memberitahu wartawan bahawa pusat media akan dibuka di Tel Aviv pada tengah hari Khamis “untuk membuat liputan mengenai kepulangan tebusan”.

Encik Hanegbi tidak memberikan butiran lanjut dan pegawai Israel tidak serta-merta memberikan sebarang penjelasan untuk perkembangan terbaru itu.

Di bawah perjanjian itu, Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata selama empat hari dalam perang di Gaza dan militan Palestin akan membebaskan sekurang-kurangnya 50 tebusan yang ditawan dalam serangan mereka di selatan Israel pada 7 Oktober.

Tebusan akan dibebaskan setiap hari secara berkumpulan.

Sebaliknya, Israel akan membebaskan sekurang-kurangnya 150 tahanan Palestin dan membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke wilayah pantai selepas lebih enam minggu pengeboman, pertempuran hebat dan pengepungan yang melumpuhkan Gaza.

Tebusan Israel yang akan dibebaskan adalah wanita dan kanak-kanak. Manakala tahanan Palestin terdiri daripada wanita dan remaja lelaki berumur 18 tahun ke bawah.

Peperangan bermula selepas militan Hamas melancarkan serangan terburuk dalam sejarah Israel pada 7 Oktober, membunuh kira-kira 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, dan menawan sekitar 240 sebagai tebusan.

Sejak itu, Israel telah melancarkan kempen pengeboman besar-besaran dan kemudian serangan darat di Gaza yang menurut Hamas telah membunuh 14,100 orang, beribu-ribu daripadanya kanak-kanak.

Dalam pada itu, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, akan memerhati pelaksanaan perjanjian yang dibuat antara Israel dengan Hamas, kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Encik John Kirby pada Rabu.

Beliau dipetik stesen televisyen CNN sebagai berkata bahawa pihak pentadbiran akan memerhatikan dengan “sangat teliti” untuk memastikan Hamas mengotakan janji membebaskan tebusan.


“Kami perlu menyaksikan... kami tidak akan tahu pasti sehinggalah kami mula melihat tebusan bergerak,” tegas Encik Kirby.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata pada Rabu bahawa selain rakyat Israel, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan agensi-agensi keselamatan menyokong penuh perjanjian dengan Hamas itu.

Menurutnya, perjanjian itu dicapai hasil gabungan “tekanan ketenteraan besar-besaran tanpa henti” Israel ke atas Hamas dan tekanan diplomatik untuk membebaskan tebusan.

“Kami telah menjalankan rundingan yang sukar, berjuang untuk memperbaiki perjanjian itu,” kata Encik Netanyahu. – Agensi berita​.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >