Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel, Hamas akur gencatan senjata sementara, bebas tebusan

Nov 22, 2023 | 04:44 PM



GAZA/BAITULMAKDIS: Selepas lebih enam minggu berperang, pemerintah Israel dan Hamas akhirnya bersetuju pada Rabu untuk melaksanakan gencatan senjata singkat di Gaza bagi membolehkan pembebasan 50 tebusan yang ditahan Hamas semasa serangannya ke atas Israel bulan lalu.


Keputusan perjanjian itu, yang pertama kali diumumkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu dalam mesej WhatsApp, termasuk gencatan sementara sekurang-kurangnya empat hari dalam pertempuran di Gaza.

Jika berjalan dengan baik, ia akan menjadi perhentian peperangan paling lama sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas, yang mendorong Israel memulakan pengeboman dan pencerobohan darat ke atas Gaza.

“Pemerintah Israel komited untuk mengembalikan semua orang yang dijadikan tebusan pulang ke rumah,” kata pemerintah Israel dalam satu kenyataan.

“Malam ini, pemerintah meluluskan garis besar untuk mencapai matlamat peringkat pertama ini, iaitu sekurang-kurangnya 50 orang tebusan – wanita dan kanak-kanak – akan dibebaskan dan dalam tempoh empat hari akan ada ketenteraman dalam pertempuran. Pembebasan setiap 10 tebusan itu akan menyebabkan satu hari penangguhan tambahan,” tambah kenyataan itu.

Dalam kenyataannya menerusi Telegram, Hamas mengesahkan perjanjian itu dengan berkata: “Selepas beberapa hari rundingan yang sukar dan rumit, kami mengumumkan, dengan bantuan dan restu Tuhan, bahawa kami telah mencapai gencatan senjata kemanusiaan.”

Hamas menambah bahawa 50 warga Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk pembebasan 150 wanita Palestin dan tahanan bawah 19 tahun yang meringkuk di penjara Israel.

Tebusan Israel mungkin tidak dibebaskan paling awal hingga Khamis untuk memberi masa kepada hakim Israel mengkaji kemungkinan cabaran undang-undang terhadap perjanjian itu, menurut seorang pegawai Israel.

Qatar, pengantara utama perjanjian itu, tidak segera mengulas.

Menurut kenyataan Hamas itu lagi, Israel juga telah bersetuju untuk membenarkan masuk lebih banyak bekalan bantuan ke Gaza; terus membenarkan orang awam mengosongkan utara Gaza; dan menghentikan penerbangannya di ruang udara Gaza kecuali untuk masa enam jam setiap hari.

Kenyataan pemerintah Israel itu tidak termasuk butiran tersebut, tetapi kedua-dua pihak berkata Israel bersetuju bahawa tenteranya akan kekal dalam kedudukan mereka sekarang. Orang awam yang kini berada di selatan Gaza tidak akan dibenarkan pulang ke utara, tambah pegawai itu.

Tetapi kenyataan Hamas juga berkata “brigednya akan terus berjaga-jaga bagi mempertahankan rakyat Palestin dan mengalahkan pendudukan dan pencerobohan”.

Sebelum para menteri Israel mengundi untuk meluluskan perjanjian tebusan, Encik Benny Gantz, seorang anggota Kabinet perang darurat Israel, berkata perjanjian itu “sukar dan menyakitkan dari perspektif manusia.” Tetapi beliau menyifatkan ia pilihan terbaik untuk “meneruskan kempen” menentang Hamas. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >