Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Dunia0

Tiada harapan jumpa mangsa yang hidup

Jun 05, 2015 | 03:40 PM

JIANLI (China): Pihak berkuasa mengaku tiada lagi harapan menjumpai penumpang yang hidup sedang kren mula digunakan bagi menaikkan kapal yang karam di Sungai Yangtze.

Hanya 14 daripada 456 penumpang kapal Eastern Star yang karam pada Isnin malam lalu yang berjaya diselamatkan.

Jurucakap pengangkutan, Encik Xu Chengguang, berkata "kajian dan analisis fakta yang menyeluruh" menunjukkan harapan menjumpai mangsa yang hidup semakin tipis.

"Berdasarkan pengamatan bahawa tiada lagi kemungkinan ada penumpang yang masih hidup" pihak berkuasa telah memutuskan menaikkan kapal itu.

Sejauh ini, 97 orang telah disahkan terkorban, kata Encik Xu.

Berita Popular

Namun, angka korban sebenar dijangka meningkat kepada 442 memandangkan ramai penumpang yang hilang dipercayai terperangkap dalam kapal itu. - AFP, Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map