Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Tiada lagi beras ‘ekon’ dorong pemilik restoran M’sia naikkan harga

Sep 03, 2023 | 01:47 PM



PETALING JAYA: Pemilik restoran sedang menimbangkan menaikkan harga sajian nasi mereka sedang kos mengimport beras meningkat sebanyak 36 peratus, didorong faktor seperti perubahan iklim serta konflik.


“Kami tidak ada pilihan lain melainkan membebankan pelanggan dengan kos tambahan.

“Kami boleh jangkakan harga sepinggan nasi meningkat sekitar 20 sen ($0.06 sen),” kata pemilik sebuah restoran popular di Tapah, Perak, Encik Wong Choy Sim.

Beliau menambah bahawa memandangkan operator tempat makan ingin kekalkan perniagaan mereka, maka pelanggan terpaksa membayar lebih.

Pengimport beras, Padiberas Nasional, berkata harga beras putih dinaikkan daripada RM2,350 kepada RM3,200 bagi setiap tan metrik, menurut laporan The Straits Times.


Ini disebabkan faktor seperti perubahan iklim, nilai ringgit yang lemah, kos operasi yang tinggi dan konfilk dalam rantau ini.

Ini bermakna pelanggan perlu membayar lagi 85 sen bagi setiap kilogram beras putih yang diimport.

Pemilik restoran Nasi Kandar Arsyad, Encik Mohd Arsyad Azarin, menganggarkan bahawa harga satu sajian makanan mungkin meningkat sekurang-kurangnya antara 50 sen dengan 80 sen, dengan kos bahan-bahan lain akan meningkat juga.

Beliau menyenaraikan bahan seperti ayam, daging, sayur dan bahan lain untuk membuat kari akan naik.

“Kami kini masih menyerap kos tapi berapa lama lagi kami dapat bertahan?” katanya.

Pemilik restoran nasi kandar di Kelana Jaya, Encik Habib Shahul Hameed, berkata beliau tidak akan membebankan pelanggannya dengan menaikkan harga pada masa ini.

Namun, beliau tidak pasti berapa lama lagi beliau dapat berbuat demikian.

“Harga kesemua bahan makanan telah pun meningkat. Dan kini, dengan harga beras naik, ia akan membebankan kededua pemilik restoran dan pelanggan,” ujar beliau.

Beliau menambah, kerajaan patut menawarkan lebih banyak subsidi atau menambah penghasilan beras.

Presiden Persekutuan Persatuan Pelanggan Malaysia, Encik N. Marimuthu, berkata kerajaan patut mengadakan program menghasilkan beras dan bukan bergantung pada import.

Malaysia, katanya, patut mengambil peluang menggunakan tanahnya yang subur untuk mencapai keupayaan bergantung pada diri sendiri.

“Pada 1960-an dan 1970-an, kita dapat bergantung pada diri sendiri, tapi kini, kita bergantung pada import dari pelbagai negara.

“Ini menunjukkan kemerosotannya bertambah buruk dan dasar makanan negara ini tidak mampan.

“Harga mengimport makanan telah meningkat antara RM55 bilion dengan RM60 bilion.

“Sekiranya kerajaan kini tidak mengatasi isu keselamatan makanan, maka kawalan harga dan pemantauan tidak akan memberi kesan,” tambahnya.

Malaysia bukan satu-satunya negara yang berhadapan kenaikan harga beras.

Negara lain yang turut mengeksport beras, seperti Thailand dan Vietnam, telah menyaksikan harga meningkat sekitar 20 peratus. – The Star/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >