Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada merit tuduhan Israel lakukan genosid di Gaza, kata Blinken

Prihatin angka korban awam di Palestin terlalu tinggi; tolak usul sokong penempatan semula penduduk Palestin luar Gaza
Jan 10, 2024 | 02:56 PM



TEL AVIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata negaranya percaya tuduhan Afrika Selatan bahawa Israel telah melakukan genosid atau pembunuhan beramai-ramai di Gaza tidak mempunyai merit.


Namun, beliau telah melahirkan keprihatinan terhadap jumlah kematian harian melibatkan orang awam di Gaza yang disifatkannya sebagai terlalu tinggi.

Beliau membuat komen itu dalam sidang akhbar selepas perbincangan dengan pemimpin Israel di Tel Aviv pada 9 Januari.

Encik Blinken, yang kini dalam rangka lawatan ke Timur Tengah, menarik perhatian bahawa rakyat Palestin dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja keadaan mengizinkan dan memetik perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan misi penilaian di Gaza.

Beliau berkata Amerika menolak sebarang cadangan yang menyokong penempatan semula penduduk Palestin di luar Gaza dan menegaskan bahawa pihak berkuasa Palestin mempunyai tanggungjawab untuk melakukan pembaharuan.

Menurutnya, beberapa negara di Timur Tengah yang dilawatinya minggu ini melahirkan kesediaan untuk melabur bagi masa depan Gaza, tetapi hanya dengan laluan yang jelas ke arah pembentukan sebuah negara Palestin.

Presiden Israel, Encik Isaac Herzog, berkata pada 9 Januari bahawa “tidak ada yang lebih kejam dan tidak masuk akal” daripada tuntutan mahkamah yang difailkan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dalam serangannya di Gaza.

Kes itu, yang dikemukakan Afrika Selatan, dijangka memulakan perbicaraan pada 10 Januari dan memberi tumpuan kepada kematian melibatkan lebih 23,000 rakyat Palestin dalam perang selama lebih tiga bulan antara Israel dengan Hamas.

Bercakap kepada Encik Blinken, Encik Herzog menuduh Afrika Selatan sebagai hipokrit kerana membawa kes itu ke ICJ, dan berterima kasih kepada Washington atas sokongannya terhadap Israel.

“Sebenarnya musuh kita adalah Hamas... dalam piagam mereka menyeru kemusnahan negara kita, negara Israel – satu-satunya negara bangsa Yahudi,” kata Encik Herzog.

Dalam dokumen 2017, Hamas menggugurkan seruan lamanya bagi pemusnahan Israel, tetapi berkata ia masih menolak hak negara itu untuk wujud.

“Kami akan berada di ICJ dan akan membentangkan kes kami dengan menggunakan pertahanan diri di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Encik Herzog.

Israel melancarkan serangan balas selepas pejuang Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober. Lebih 1,400 orang terbunuh dan 240 dijadikan tebusan.

Sejak itu, tentera Israel telah memusnahkan sebahagian besar Gaza dan menyebabkan hampir kesemua 2.3 juta penduduknya terpaksa melarikan diri ke kawasan lebih selamat tetapi dilanda pula malapetaka kemanusiaan termasuk kebuluran.

Dalam melaksanakan kesnya, Afrika Selatan menamakan Encik Herzog dan pegawai Israel lain yang dikatakan telah menyatakan hasrat pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Encik Herzog dipetik sebagai berkata bahawa ia bukan sahaja militan malah “seluruh negara” yang bertanggungjawab ke atas keganasan dan bahawa Israel akan berjuang “sehingga kita mematahkan tulang belakang mereka”.

Peguam negara Israel mengeluarkan kenyataan pada 9 Januari bahawa Israel dan pasukan keselamatannya “komited untuk bertindak mengikut undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang konflik bersenjata”. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >