Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blinken lawat Timur Tengah untuk cegah perang Gaza merebak

Jan 08, 2024 | 05:24 PM



DOHA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, mengadakan rundingan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi pada 8 Januari sebelum menuju ke Israel dalam usaha mencegah perang di Gaza merebak ke seluruh rantau Arab.


Beliau menekankan bahawa risiko perang boleh merebak jika tiada usaha damai bersepadu dijalankan di tengah-tengah ikrar Israel untuk meneruskan pertempuran sehingga Hamas dihapuskan.

Encik Blinken berada di Jordan dan Qatar pada 7 Januari pada permulaan usaha diplomatik selama lima hari di Timur Tengah. Beliau juga akan melawat wilayah Tebing Barat dan Mesir minggu ini.

“Ini adalah detik ketegangan yang mendalam bagi rantau ini. Ini adalah konflik yang boleh merebak dengan mudah, menyebabkan lebih banyak rasa tidak selamat dan penderitaan,” kata Encik Blinken dalam sidang media di Doha sebelum menuju ke Abu Dhabi.

Encik Blinken berkata beliau akan memberitahu pegawai Israel bahawa adalah mustahak mereka melakukan lebih banyak lagi untuk mencegah kematian orang awam di Gaza dan bahawa orang awam Palestin mesti dibenarkan pulang dan tidak dipaksa meninggalkan Gaza.

Raja Abdullah dari Jordan menggesa beliau menggunakan pengaruh Washington ke atas Israel untuk mendesak gencatan senjata serta-merta dan memberi amaran tentang “kesan bencana” daripada kempen ketenteraan Israel yang berterusan.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, sebaliknya berikrar mahu meneruskan pertempuran untuk menghapuskan Hamas.

Di sebalik kebimbangan global terhadap kematian penduduk awam, kemusnahan di Gaza dan gesaan gencatan senjata, pendapat umum Israel tetap kukuh terhadap operasi untuk menghapuskan Hamas meskipun sokongan terhadap Encik Netanyahu telah jatuh secara mendadak.

Pegawai Israel berkata kira-kira 1,200 orang terbunuh dan 240 dijadikan tebusan dalam serangan Hamas pada 7 Oktober.

Pengeboman dan serangan darat berterusan Israel sejak itu pula telah membunuh 22,835 rakyat Palestin di Gaza, kata pegawai kesihatan Palestin pada 7 Januari.

Pada hujung minggu, penduduk melaporkan pertempuran senjata sengit di bandar selatan Gaza, Khan Younis, serta di daerah tengah wilayah berpenduduk padat itu.

Serangan Israel telah membunuh 50 orang, kata pegawai kesihatan di hospital di sana pada 7 Januari.

Serangan udara Israel ke atas satu kereta berhampiran Rafah di selatan Gaza pada tarikh itu pula telah membunuh dua wartawan Palestin.

Dalam catatan di platform media sosial X, pegawai Hamas, Encik Sami Abu Zuhri, mengeluh bahawa negara Arab dan Islam masih belum menyokong gesaan Afrika Selatan untuk prosiding pembunuhan beramai-ramai terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. – Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >