Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada siapa akan serahkan Bakhmut, ikrar Zelensky

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berikrar bahawa tentera negaranya akan terus mempertahankan bandar Bakhmut, walaupun tentera Russia kian menghampiri bandar itu.



"Tiada siapa yang akan menyerahkan Bakhmut," katanya pada sidang akhbar kelmarin. (3 Feb)



"Kami menganggap Bakhmut sebagai kubu kami."



Pegangan Ukraine terhadap Bakhmut telah menjadi semakin tidak menentu.



Moscow melihat bandar itu sebagai pintu masuk untuk merebut wilayah Donbas yang lebih luas.



Ia telah membanjiri kawasan itu dengan tentera dalam percubaan baharu untuk memastikan kemenangan penting pertamanya dalam beberapa bulan.



Penganalisis berkata strategi itu mengakibatkan banyak korban di kedua-dua belah pihak.



Namun, tentera Russia telah berjaya menutup sekitar Bakhmut, meletakkan Ukraine dalam keadaan yang disifatkan oleh Encik Zelensky sebagai situasi yang "sangat sukar".



Tentera Russia mulai mengepung ke arah Bakhmut dari timur, dan pada Januari lalu, mereka telah menawan bandar perlombongan garam, Soledar, kira-kira 10km ke timur laut.



Encik Zelensky berkata, sekumpulan besar askar Russia dilihat dihimpunkan baru-baru ini di bahagian timur Ukraine yang dikuasainya, bersama-sama dengan peningkatan mendadak dalam serangan artileri di timur, menandakan permulaan serangan baru Russia.



Beliau berkata kelmarin, serangan Moscow adalah percubaan untuk mengubah nasibnya di hadapan, mendapatkan inisiatif selepas mengalami rentetan kekalahan di medan perang dan membalas dendam apabila mereka gagal.



Sementara itu, Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat akan memasukkan perolehan roket baharu yang mampu meningkatkan jarak serangan Ukraine dalam peperangannya dengan Russia melalui pakej bantuan ketenteraan bernilai $2.175 bilion ($2.88 bilion).



Jurucakap Pentagon, Brigadier Jeneral Patrick Ryder, berkata melalui pakej Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine (USAI), Amerika akan membekalkan senjata baharu, 'ground launched small diameter bomb' (GLSDB) kepada Ukraine.



"Sebagai sebahagian pakej USAI kita akan bekalkan GLSDB kepada Ukraine," katanya dalam taklimat media di Pentagon.



GLSDB membolehkan tentera Ukraine mencapai sasaran sehingga dua kali jarak yang boleh dicapai, berbanding roket yang kini dilepaskan daripada Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) dibekalkan Amerika.



Dengan keupayaan jarak 151 kilometer (km), GLSDB dijangka berupaya 'menjangkau' semua talian bekalan Russia di timur Ukraine serta sebahagian daripada Crimea yang ditakluki Moscow pada 2014.



Inisiatif dilancarkan kelmarin itu membuka lebih banyak ruang terhadap penghantaran GLSDB. - Reuters, Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >