Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada terselamat dalam tragedi kapal selam California

Sep 04, 2019 | 11:28 AM



SANTA BARBARA, CALIFORNIA - Kesemua 34 penumpang kapal selam yang dijilat api di Pulau Santa Cruz terkorban, kata pihak berkuasa pada Selasa (3 September).



Kerja pemulihan sedang dijalankan untuk mengumpul lagi 14 mayat yang dipercayai berada sama ada di dalam kapal atau di lautan.



Pekerja kecemasan bakal menggunakan analisis DNA terhadap sisa-sisa anggota badan manusia yang terbakar teruk untuk mengenal pasti 20 mayat yang setakat ini sudah dikumpulkan.



Kebakaran yang berlaku atas kapal selam pada awal pagi Isnin telah menyebabkan kapal itu tenggelam lebih 18m.



"Terdapat beberapa mangsa lain yang dapat dilihat oleh para penyelam.  Sekitar empat hingga enam mayat masih terperangkap dalam kapal,"



"Namun disebabkan kedudukan kapal (yang terbalik), mereka tidak dapat mengeluarkan mayat sebelum malam," kata Syerif Wilayah Santa Barbara, Encik Bill Brown, dalam satu sidang akhbar.



"Usaha akan dibuat untuk menstabilkan kapal supaya penyelam boleh memasukinya dengan selamat, mencari dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap," tambah Encik Bill.



Lima di antara enam kakitangan kapal selam itu yang berada di bahagian atas kapal sewaktu kebakaran berlaku berjaya melarikan diri menggunakan bot kembung.



Kakitangan kapal yang keenam sedang tidur bersama penumpang kapal lain di bahagian bawah kapal apabila kebakaran berlaku, justeru tidak sempat menyelamatkan diri sendiri.



Menurut laporan Reuters, mangsa tragedi tersebut berumur antara 17 tahun hingga 60 tahun, dan ramai di kalangan mereka berasal dari wilayah Santa Cruz dan San Jose.



Pencarian mangsa lain melibatkan tiga helikopter, yang mencari sejauh 258km, kata Kapten Pasukan Pengawal Pantai (Coast Guard) Amerika Syarikat (AS), Cik Monica Rochester. 



Siasatan sedang dijalankan untuk mencari tahu punca kebakaran itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >