Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TikTok labur AS$1.5b untuk peroleh wadah e-dagang, Tokopedia

Dec 14, 2023 | 01:08 PM



JAKARTA: Platform video China, TikTok, bersedia untuk melabur AS$1.5 bilion ($2 bilion) dalam Tokopedia, iaitu platform e-dagang tempatan gergasi teknologi GoTo, dalam satu langkah yang dikatakan pakar adalah untuk menyelamatkan operasi e-dagangnya di Indonesia.


Perjanjian itu akan membolehkan TikTok memperoleh 75.01 peratus saham Tokopedia dengan harga $840 juta, manakala GoTo akan mengekalkan baki pemilikan, menurut pendedahan GoTo.

Tokopedia akan memperoleh pemilikan penuh TikTok Shop dengan harga $340 juta dalam urus niaga yang dijadual selesai pada suku pertama 2024.

TikTok turut berjanji untuk menyuntik $1 bilion lagi ke dalam Tokopedia, yang akan digunakan untuk menyokong modal kerja entiti yang baru diambil alih itu, walaupun garis masa khusus untuk pelaburan tersebut tidak didedahkan.

Kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pemilikan GoTo terhadap Tokopedia akan kekal tidak berubah oleh sebarang pembiayaan berikutnya daripada TikTok, seperti yang digariskan dalam pendedahan tersebut.

TikTok membuat langkah itu hanya dua bulan selepas pemerintah Indonesia mengenakan peraturan baru pada Oktober, yang memaksa platform video itu menghentikan transaksi pada aplikasi e-dagangnya, TikTok Shop.

Malaysia telah menyatakan hasratnya untuk mengikut langkah yang sama.

Indonesia adalah pasaran kedua terbesar TikTok Shop, selepas Amerika Syarikat, sebelum penutupannya.

Bahagian pasaran TikTok Shop di Indonesia diunjurkan mencapai 13.2 peratus pada 2023, meningkat tiga kali ganda daripada 4.4 peratus pada 2022, menurut data firma pembina usaha niaga yang berpangkalan di Singapura, Momentum Works, pada Oktober.


Operasi TikTok Shop disambung semula pada 11 Disember, bertepatan dengan kempen yang telah disediakan untuk hari beli-belah tarikh berkembar bulanan pada 12 Disember atau 12/12.

Pakar melihat perjanjian itu sebagai sangat berfaedah untuk TikTok, manakala kepentingan minoriti GoTo mungkin mengekang keupayaannya untuk memanfaatkan platform e-dagang pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Works, Encik Jianggan Li, berpendapat bahawa perjanjian itu “mengejutkan” untuk TikTok, dengan alasan wadah itu telah mengambil alih Tokopedia pada kos amat rendah.


Di samping itu, ia akan mendapat kawalan operasi penuh dan kesahihan mengendalikan platform e-dagang, termasuk beberapa sekutu tempatan yang berguna.

“Ia memintas banyak cabaran teknikal dan membenarkan kawalan operasi sepenuhnya Tokopedia oleh TikTok, yang bukan sahaja mempunyai trafik pelanggan tanpa had, malah turut tahu cara menjana kewangan dengan baik melalui e-dagang,” kata Encik Li kepada akhbar The Jakarta Post.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >