Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Time: Trump ‘salah’ berkaitan kenyataan Tokoh Tahun Ini

Nov 26, 2017 | 01:38 PM



ENCIK   Donald Trump, “salah”, kata   majalah Time, apabila   Presiden  Amerika Syarikat itu  mendakwa       beliau menolak satu sesi “wawancara” dan “mengambil gambar utama”  kerana majalah tersebut  memberitahunya bahawa  beliau hanya “mungkin” dinamakan   sebagai ‘Tokoh Tahun Ini’ penerbitan itu.



Encik Trump menuliskan di tweet  dari Florida pada  petang Jumaat (24 Nov, waktu Amerika): “Majalah Time menelefon  untuk mengatakan bahawa saya MUNGKIN   dinamakan sebagai Tokoh Tahun Ini, seperti  tahun lalu.

“Tetapi saya perlu bersetuju bagi  satu sesi   wawancara  dan  mengambil gambar  utama. Saya berkata ‘mungkin’ tidak bagus  dan menolaknya.  Terima kasih!”



Bagaimanapun, sekitar   8.30 malam itu,  Time membalas melalui tweet: “Presiden salah  mengenai cara kami  memilih Tokoh Tahun Ini. Time  tidak memberi komen mengenai pilihan kami hingga penerbitan, iaitu 6 Disember.”



Pegawai kandungan utama Time, Alan Murray, mengeluarkan tweet  lebih tegas, dengan menyatakan  kata-kata presiden itu “luar biasa. Tiada  setitik pun kebenaran di situ”.



Encik Trump dinamakan majalah itu 'Tokoh Tahun Ini' tahun lalu,  selepas pilihan raya, dalam satu edisi yang membawa gelaran 'Presiden Amerika Yang Berpecah Belah'. Beliau mengadu di Twitter pada 2012, 2014 dan 2015 tentang tidak dipilih. – Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >