Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Timur Tengah bimbang harga bijirin melonjak selepas Russia keluar daripada perjanjian

BERITA
Aug 03, 2023 | 02:18 PM



KAHIRAH: Encik Ahmed Salah semakin cemas apabila beliau mendengar berita bahawa Russia telah menangguhkan perjanjian bijirin penting semasa perang meletus.


Pemilik kedai roti di ibu negara Mesir bimbang ia boleh menyebabkan harga makanan global melambung tinggi.

“Mungkin tidak ada kesan serta-merta,” kata lelaki berusia 52 tahun itu minggu lalu ketika beliau mengawasi pekerja membakar roti di kedainya di Kahirah, “tetapi jika mereka tidak menemui penyelesaian segera, keadaan akan menjadi sangat sukar.”

Russia menarik diri daripada perjanjian yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turkey untuk membolehkan bijirin Ukraine dieksport semasa krisis makanan global.

Ia membantu menstabilkan harga makanan yang melonjak tahun lalu selepas Russia menyerang Ukraine — dua negara yang merupakan pembekal utama gandum, barli, minyak bunga matahari dan makanan lain kepada negara membangun.

Mesir, pengimport gandum terbesar di dunia, dan negara-negara seperti Lebanon dan Pakistan bimbang tentang perkara yang akan berlaku seterusnya. Bergelut dengan masalah ekonomi yang telah mendorong lebih ramai orang dalam kancah kemiskinan, mereka bimbang kenaikan harga makanan boleh menimbulkan lebih banyak kesulitan kepada isi rumah, perniagaan dan pendapatan pemerintah.

Ramai yang telah mempelbagaikan sumber gandum mereka, bahan utama untuk membuat roti yang menjadi makanan utama di banyak negara di Timur Tengah.

Pakistan juga telah melihat hasil tanaman yang memberangsangkan walaupun dilanda banjir besar tahun lalu.

Perjanjian yang telah digantung itu mewujudkan ketidaktentuan kenaikan harga dan sekali gus menimbulkan masalah keselamatan bekalan makan.

“Ia adalah satu kejutan yang tidak perlu bagi 345 juta orang yang merasa sangat tidak selamat di seluruh dunia,” kata Encik Abeer Etefa, jurucakap Program Makanan Sedunia PBB.

Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, memberitahu Presiden Russia Vladimir Putin dalam panggilan telefon pada Rabu bahawa beliau mendesak agar melanjutkan perjanjian bijirin kerana pemotongan jangka panjang pelabuhan Ukraine “tidak menguntungkan sesiapa” dan negara berpendapatan rendah “akan paling menderita, ” menurut kenyataan dari pejabat Presiden Erdogan.

Sementara itu, Russia melancarkan serangan ke atas pelabuhan Ukraine dan infrastruktur pertanian, menyebabkan harga gandum global bercelaru. Meskipun turun naik, namun harga adalah di bawah sebelum Russia menyerang Ukraine, dan terdapat pengeluaran yang mencukupi untuk memenuhi permintaan di seluruh dunia, kata Encik Joseph Glauber, zamil penyelidik kanan di Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa.

Tetapi bagi negara berpendapatan rendah seperti Yaman atau Lebanon yang dilanda perang dan merupakan pengimport gandum yang besar, mencari pembekal yang lebih jauh akan menambah kos, tambah beliau.

Selain itu, mata wang kedua-dua negara itu semakin lemah berbanding dolar Amerika Syarikat yang digunakan untuk membeli bijirin di pasaran dunia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >